Dunia akhir zaman...

Di tengah-tengah kesibukan mengejar impian, aku disentak oleh tangisan Palestin yang tidak henti-henti terseksa menderita.. dunia sekarang sudah kehilangan erti kemanusiaan dan itulah yang menyebabkan bumi tidak aman dan damai..

Di dalam impian al-Falah, aku nekad untuk berjaya dan menyumbang sebaik mungkin segala usaha bermanfaat untuk warga Malaysia dalam memperkukuhkan agenda jihad ekonomi Islam..

Perang sekarang bukan sekadar perang peluru.. tetapi perang sekarang adalah perang psikologi, perang ilmu, perang jiwa, perang kuasa, perang ekonomi, perang politik dan semua jenis 'old habit' manusia yang tak pernah reda...

Aku harap dapat membangunkan RahsiaEbiz sebagai pusat perniagaan ebiz Islam yang focusnya menjana keuntungan utk kepentingan ummat Islam.. Sbb itulah aku berharap dapat lakukan sesuatu sebelum terlewat.. Soal Palestin aku nekad untuk jadikan satu inspirasi pejuang dalam arena perang ekonomi ini... Jika ummat Islam tidak menguasai ekonomi maka kita sudah kalah dari satu aspek penting dalam hidup.

Cita-cita dan impian harus sejati.. dan aku akan lebih berusaha untuk ummat !

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.