Hidup penuh misteri.. esok masih ada..

Filem KAMI yang ditayangkan cukup klise skali.. slumber dan mempunyai tagline yang mmg sempoi.. bagi aku lah, walaupun hidup ini misteri.. kita perlu teruskan sebaik mungkin.. walau terjatuh rebah dan tersungkur namun bangkitlah segagah mungkin.. cuba berdiri atas kaki sendiri dan kembali melangkah ke hadapan..

Jalan ke depan.. bukan ke belakang.. itu yang dikatakan oleh para bijaksana.. follow ke depan maknanya tidak berpatahbalik.. x perlu patahbalik kepada kegagalan.. sebaliknya jalan ke depan menuju kejayaan..

Dan kebahagiaan itu bukan datang dari orang lain.. sebaliknya dari dalam diri sendiri terlebih dahulu.. bila hati dan jiwa merasa.. bahagia itu sendiri yang lahir dari hati yang tenang.. Mencari ketenangan jiwa itu pula rapatilah sumber ketenangan abadi iaitu Ilahi Rabbul Izzati..

Di mana kasih sayang sejati.. x pernah mungkiri.. maupun menyakiti.. Allah yang Maha Pengasih & Penyayang.. segala-galanya sempurna... jauh dari kelemahan insan dan makhluk.. bila kita cuba mencari cinta Tuhan.. Dia akan tunjukkan jalan kebahagiaan...

Hidup ini menjadi lebih bermakna dengan adanya Tuhan.. walaupun misteri.. tapi kita x perlu takut kerana adanya Dia... peneman & pembantu yang Maha Kuasa, Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui... :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.