I can't sleep tonite..

hati ini nyata gelisah.. lewat malam pun mata masih cerah.. tidak bisa tidur kerana terfikirkan esok hari.. adakalanya aku terlalu kuat berharap dan menanti tak sudah.. sampai bila dan ke mana hala tuju sehingga aku gelisah saban hari mengharapkan sst yg x kunjung tiba...

namun.. Tuhan masih sayang.. diuji kita dengan dugaan.. walau sukar namun masih mampu untuk tersenyum... perjalanan hidup ini masih jauh.. pengembaraan ini masih baru bermula.. aku takkan menyerah kalah sebelum mencuba... tidak berputus asa selagi masih bernyawa... agi idop agi ngelaban !

ku impikan masa depan.. ku dambakan hakikat kejayaan.. dan ku mahukan erti abadi lagi hakiki.. mungkin kita berbeza.. namun kita masih punya bintang dan bumbung langit yang sama.. matahari dan bulan yang serupa.. tiada beza tanah di bumi masih dipijak dan bukan udara lain yang kita bernafas bersama..

kita sama.. insan yang hidup.. dan masih alpa.. mudah lupa.. namun Tuhan sudah berikan pedoman.. panduan buat insan agar jadi mulia.. mungkin esok hari kita gembira.. lusa berduka tulat ceria.. masa silih berganti.. the time will heal the wounds.. moga sematkan di hati rasa berlapang dada.. supaya tidak terlalu berat beban.. kita kembalikan masalah pada tuhan.. dan Dia akan berikan jawapan.. pejamkanlah mata... yakin dan senyumlah.. esok hari masih ada.. :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.