Krisis kebangkrapan moral & akhlak

Kalo lihat di Lorong Hj Taib tu sapa tak kenal sarang maksiat berlambak.. begitu juga di kaki lima Bukit Bintang malamnya berubah dgn anak muda mudi yang sudah tidak segan silu menjual maruah. Aku lihat perangai bebudak sekolah rendah sekarang ni pun dah lain macam.. pandai soal-soal 'sulit' yang ntah diketahui dari mana.. umur sementah fresh salad itu pun sudah pandai bab-bab dewasa ini. Apakah ini petanda generasi kita dibesarkan dalam krisis jiwa dan bankrap akhlaknya ?

Nak blame sapa.. semua orang pun macam sibuk hal masing2... sekiranyalah aku menjadi PM pasti akan usulkan undang2 anti-pornografi dan anti-maksiat.. biar semua orang berakhlak sikit daripada hilang maruah dan jatidiri..

Sekarang zaman materialistik.. yang ada hanyalah kecantikan plastik tak kekal lama... orang suka fikir soal fantastik, bombastik dan perangai mula macam ala-ala spastik..

Moga di kalangan kita ini akan bangkit jiwa generasi pejuang yang tulen dan sejati.. membela maruah agama dan nusa.. dari atas hingga bawah.. dan bawah ke atas.. perlu ada memahami uluhiyyah dan rububiyyah.. moga terang jelas dan nyata di mana kita...

Krisis moral dan akhlak perlu ditangani scr holistik.. semua ambil peranan lebih-lebih lagi para umara.. dan kita rakyat perlu menyedarkan sesama kita betapa pentingnya suasana environment yang kondusif utk generasi muda.. jika benih muda sudah rosak, maka jangan harap hasil tuaiannya sebaik kualiti terhebat..

Kita perlu implement undang-undang yang menyokong moral dan akhlak.. moga dibukakan hati penguasa bahawa undang-undang Ilahi itu lebih sesuai dipraktikkan dari mana-mana undang2 di dunia.. bagaimana hudud mampu membanteras masalah rogol, bagaimana qhisas membela kebenaran orang2 yang dizalimi, dan bagaimana ta'zir mengawal masalah rakyat dgn kebijaksanaan pemerintah..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.