Giat mencari rakan jv business 2009

Alhamdulillah tadi dah dapat sorang lecturer seni utk jv dalam satu produk CD yang bakal dikeluarkan pertengahan 2009. Aku suka menambah kenalan dan bersama kolaborasi untuk mencapai matlamat kejayaan. So ia dah menjadi 3 rakan JV setakat ini untuk 2009, 3 jenis bisnes yang cukup memberangsangkan.

Aku suka main perancangan short/mid/long kerana ia membolehkan kita mencapai matlamat lebih cepat. Aku perlu berkembang dari salah satu segi terutamanya niche ebiz di Internet yang cukup luas. Sekiranya lebih banyak rakan jv maka lebih besarlah peluang untuk kita berjaya dalam masa singkat.

Target utama ialah tahun 2011 dah capai status financial freedom. Masa tu passive income saja dah berjaya setelkan semua bil dan debt serta boleh melancong seluruh dunia tanpa risau apa-apa lagi.. Aku nak gi haji sebelum umur 37.. dan dah ada empayar besar yang mampu membantu generasi muda Islam..

Masa inilah untuk kembangkan network.. aku dan rakan jv yg juga mempunyai berpuluh lagi volunteer mampu menjayakan misi ini.. Emm seronoknya ada impian.. harap ia dapat direalisasikan... aku takut juga keadaan dunia skrg yang mcm tlalu byk tanda2 kiamat..

But.. selagi hidup.. inilah masanya utk berusaha dan berbakti.. jihaduna fi sabilillah.. aku lebih suka jihad ekonomi.. inilah antara yg mampu aku lakukan..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.