Masih meniti perjuangan yang penuh misteri...

Hari ni kuterbangun seawal lima pagi.. rasa macam dunia memerlukan diri aku sehingga membuatkan tidak lalu untuk meneruskan lena yang mengasyikkan.. apakah mungkin aku mampu menyumbang sesuatu untuk ummat hari ini? seringkali berlegar di minda alangkah beratnya bebanan dipikul dan berat lagi amanah yang ditanggung oleh khalifah terdahulu..

Mungkin di zaman moden ini kita terlupa perjalanan orang-orang tua yang terlebih makan garam dari kita. Dunia sering berputar, namun siang dan malam tetap berganti selagi belum berakhirnya hayat usia alam. Masa akan bersilih, lautan dan daratan akan berubah, manusia akan juga melaluinya dalam sedih, gembira, suka duka, pahit manisnya hidup itu turut bersilih ganti.

Apa yang penting adalah pengorbanan kita pada hari ini untuk masa depan yg lebih gemilang. Hidup bukan sekadar menikmatinya indahnya nikmat dunia, hidup adalah bagaimana kita meneruskan hidup, sanggup bertahan derita dan sengsara sebelum mengecapi secebis kejayaan.

Orang yang kuat hatinya, yang berserah pada Allah maka segalanya akan diputuskan oleh Allah yang Maha Kuasa. Tawakal selepas usaha itulah pengorbanan yang dilakukan sehabis baik untuk mendptkan takdir yang lebih cantik daripada lain-lain takdir yang ada.

Manusia boleh berubah, nasib boleh bertukar, cumanya hati kene kental berjuang. Semangat umpama waja besi, yang pastinya apa jua laluan takdir mampu ditempuhi dengan penuh keberanian.

Ku percaya suatu hari nanti, ada sebuah masa depan yang lebih cerah untukku.. Cumanya perlu ada keberanian untuk mencapainya.. Berkorban sekarang dan nikmatilah kebahagiaan abadi kemudiannya..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.