Menjual kesenangan dunia untuk akhirat...

Blog ini terus menjadi saksi sebahagian hidupku yang serba serbi ini.. Hanya Dia yang tahu betapa sukarnya berdepan dengan beban yang tergalas kerana x bisa hidup tanpa rahmat dan kasihNya..

Aku x penting harta maupun kemewahan yang mendatang.. hatta kaya harta tetapi tidak bahagia ia juga suatu yang x berguna juga.. namun aku hanya memerlukan pendirian dan prinsip yang bermaruah.. yang setia.. yang mempunyai kemuliaan dalam diri dan hati nurani insan untuk hidup dalam redhaNya..

Sekiranya seseorang itu menggadaikan maruahnya demi keseronokan duniawi sementara maka sia-sialah umur dan nikmat yang dianugerahkan tuhan selama ini. Hidup dalam kekufuran adalah suatu yang merugikan.. Hati tidak akan tenang dengan melanggar segala aturan Maha Pencipta.. sebaliknya terus dirundung malang yang tidak kunjung habis kerana tuhan mahu 'mengajar' kita supaya kembali ke jalan yang benar dan bertaubat insaf supaya tidak mengulanginya lagi...

Kenkadang aku tidak faham mereka boleh berlaku khianat setelah sekian lama berkasih sayang dan menikam dari belakang seolah-olah ia sesuatu yang mudah dilakukan.. Orang yang khianat ini sebenarnya racun kehidupan.. meracuni pemikiran dan susuk tubuh orang lain supaya menjadi seperti mereka.. iaitu pengkhianat keadaan yang terpaksa berlaku khianat kerana akibat kekhianatan orang lain...

Semoga aku dijauhi dengan segala racun ini.. hidup kita perlu berlapang dada dan menerima ujian dengan penuh kesabaran.. tanpa dendam tanpa dusta.. yang ada adalah kebenaran dan kejujuran...

Aku tidak akan hilang pedoman dan prinsip.. Usah digadaikan maruah kerana tekanan dunia.. aku mampu harungi kesusahan dunia ini untuk beroleh kesenangan akhirat yang kekal abadi.. yang penuh nikmat.. penuh berkat.. tidak akan dimamah usia malah bertambah muda dan dikelilingi bidadari yang tiada tolok bandingnya.. segalanya dalam bahagia dan kekal di dalamnya keabadian...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.