Ku tekad dan nekad berjaya...

Sejak 1998 di SMAKL, aku teruja dengan Komanwel 98 merupakan detik sejarah terhebat melakar perjuangan SPM98 pada masa itu. Lagu Ella , Standing in The Eyes of The World menjadi mantera kami semua para pejuang peperiksaan SPM masa itu.. hehe..

Well.. SPM98 merupakan antara yang terbaik dalam hidup semasa zaman sekolah. Aku berjaya menempatkan diri di antara 10 pelajar terbaik SMAKL sehingga diiktiraf oleh Menteri Pendidikan ketika itu DS Najib Razak.

Mmg agak gila semasa 97 dan 98, aku hanya teruja nak masuk universiti sptmana senior2 lain.. aku sanggup study gila dari awal pagi sampai malam.. org kata study maut.. mmg itulah pengorbanan terhebat masa tu.

Tekad di Uniperdana... 1999 - 2004 mmg cukup bergaya... aku menempatkan diri di Akademi Islam UM dalam masa hampir 5 tahun untuk segulung Ijazah Sarjana Muda Syariah & Pengurusan. Bergelumang dengan kitab dan buku beserta passion terhadap business dan career masa itu. Tidak dilupa juga dunia 'cinta' yang boleh dikatakan 'gila' juga... huhuu.. sehingga sekarang aku x tau mcm mana boleh graduate... mwahaha... :P

Syukur alhamdulillah.. Allah masih sayang... :)

2005 - 2010.... satu transisi hidup yang amat berbeza... dan aku percaya masa itu pelbagai ujian dan dugaan untuk melengkapkan diri sebagai seorang pemimpin hebat. Dalam masa 5 tahun aku begitu memahami soal tanggungjawab beserta cinta. Diadun dengan kerjaya dan business serta cara kita mengimbanginya.

Skills utk keseimbangan ini mmg x dpt lari daripada kembali kepada jalan Ilahi.. Aku yakin bahawa Allah telah menunjukkan jalan keluar dan memberikan ketenangan untuk hari-hari yang mendatang.. Skrg baru faham betapa hikmah dugaan ini besar sekali.

2010 - 2015 ... sebab itulah aku namakan tekad M15.... org duk tertanya apa itu M15... tp aku biarkan better left unsaid.. mengapa mesti start pada 2010 ? hehe...

Tekad dan nekad... itu saja yang difikirkan... kejayaan dalam masa 5 tahun... lagipun aku still muda dan cergas... kesihatan bertambah baik dari sebelumnya... disiplin semakin bagus.. hasil income yang makin bertambah.. simpanan juga meningkat.. kasih sayang family dan masyarakat juga bagus.. pahala perlu ditingkatkan, dosa perlu dileburkan.. apa yang pasti al-Falah itu penting dikejar bukan sahaja di dunia.. malah akhirat...

Seimbang.. wasatiah.. sederhana... itulah kunci kejayaan sebenarnya...

Aku tekad dan nekad berjaya... tiada siapa boleh halang... dalam minda ini seolah-olah mantera 98 menyeru kembali... aku terdengar.. dan aku sahut !

Sahut cabaran M15, dan sanggup berkorban apa saja untuknya.. ia lebih besar dari pengiktirafan.. sebaliknya ia adalah zaman perjuangan yang cukup baik.. Segala perancangan sudah disusunrapi.. dari segi kerjaya, bisnes, kewangan, kesihatan dan akademik. Insyaallah tgh dalam proses menunggu lecturer aku balik dari Edinburg habiskan PhD dia.. dia balik je aku leh start wat master dgn dia.. mwahaha... :P

Setia dan nekad... sbb scholarship dah ada.. cuma aku kene register saja.. tp mmg lecturer dah pesan buat MA dgn dia.. sure dia bagi baik punya lulus... keke.. :P

Oklah, panjang pulak cerita pasal bab belajar ni... ambil masa dari spm.. keke.. segala yang baik itu dari tuhan dan kita wajar bersyukur segalanya... selain itu, delete segala 'problem' dalam minda dan gantikan dengan 'peluang' sptmana para tokoh hebat yang lain lakukannya... skrg ni aku sentiasa pegang buku kuasa minda.. insyaallah sepanjang M15.. aku mampu cope segalanya dgn satu pintasan minda.. apa yang aku nak pasti dapat !

Your wish is my command.. ~ Genie , The Secret

Sekarang ni dah set kuat dlm minda... Apa yang aku nak aku pasti dapat ! ... sebab itulah sekarang ni x rasa takut dgn cabaran.. aku tau di depan sana segalanya pasti jadi kenyataan... mcm SPM98 dan juga Graduate2004 serta M15 pasti jua berjaya sama... Mmg berjaya jua...

Tekad !

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.