Pengorbanan, cinta dan masnavi...

X sempat nak tulis banyak... too hectic.. tp itulah segalanya sptmana yg dirancang dalam misi M15.. utk mencapai kejayaan, ia memerlukan pengorbanan yang teramat tinggi dan besar nilainya.. dan aku memahaminya.. ia adalah satu perjuangan.

Tanpa pengorbanan tinggi, tiadalah kejayaan besar.. dan disematkan dalam hati untuk berkorban. :) mengorbankan masa keseronokan utk mengejar impian. aku telah diuji berulang kali.. tersungkur rebah tapi bangun kembali.. x peduli luka duka nestapa.. yang difikirkan adalah kerana impian.. terngiang-ngiang ungkapan.. what keeps me going is Goals..! kata keramat Muhammad Ali, three-time World Heavyweight Champion.. lagenda yang hebat menjadi inspirasi...

Masa inilah, selagi semangatku masih menjulang.. apa jua yang mendatang bukan lagi penghalang.. kerana ku tahu Dia sentiasa di sisiku.. berulang kali Dia mengetuk pintu hati.. akhirnya aku tersedar insaf lalu membuka dedaun pintu.. melihat cahayaNya.. menerangi segala gelap duka nestapa.. ia menyembuhkan apa yang terluka, melapangkan apa yg sempit, menggantikan apa yang hilang, menenangkan apa yang resah dan saat itu Dia sentiasa di dalam hati ini.. agar setiap nafas hidup aman dan sejahtera...

Lalu aku sedari.. pengorbanan ini tidak sia-sia.. umpama kata-kata tokoh sufi..

Kebenaran yang agung ada pada kita, panas dan dingin, duka cita dan penderitaan, ketakutan dan kelemahan dari kekayaan dan raga, Bersama... supaya kepingan kita yang paling dalam... Menjadi nyata.. ~ Sufi Jalaludin Rumi
Nyata... ia mengajak kita pulang padaNya... dariNya kita berasal dan padaNya kita kembali.. apa jua cabaran dan musibah sekalipun hanya sementara di dunia.. ia menguji dalam diri hati.. supaya kita insaf dan sedar pada Dia yang selalu menyintai kita sejak diwujudkan, dilahirkan, dimatikan dan dihisabkan.. Kita dan Dia adalah satu... spt dalam masnavi Rumi..
Dia adalah yang paling sempurna. Orang-orang yang mencintainya adalah para pecinta yang tidak pernah sekarat. Dia adalah dia dan Dia dan mereka adalah dia. Ini adalah sebuah rahsia,jika kalian mempunyai cinta, kalian akan memahaminya.. ~ Sufi Jalaluddin Rumi
:) dalamilah rahsia cahaya Ilahi... Ruh adalah rahsianya... dalam diri kita ada Ruh.. sampai masa kita akan pulang padaNya....

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.