Mr Director... and his blue ocean strategy !


Alhamdulillah... segala puji bagi Tuhan yang Maha Agung.. bersyukur di atas segala kurniaannya yang melimpah-ruah.. Tersenyum lebar aku... hari isnin pulak tu... hehe.. ape citer korang semua ek.. ntah kenapa tetiba rajin aku nk tulis kt blogspot.. padahal kt Facebook lebih meriah.. sampai dah dkt nk habis limit 5000 members kt profile.. terpaksa aku wat FB Pages yang baru supaya lebih meriah lagi...

Mmg aku x add ex-staff dalam facebook... ada sebab musababnya.. tp kalo aku nak add skrg pun xleh juga sbb dah hampir sampai limit.. hehehe.. (tgh delete profile mereka yang x active utk memberi ruang baru) Oklah, nak citer serbe sedikit gambaran after resign dari government.. Ia sebenarnya perancangan yang mmg dah lama dibuat... Aku sering cakap nak resign.. tapi masa tu aku tgh mencongak tarikh yang sesuai.. Malah mereka pun masih harap aku pertimbangkan semula.. hehe..

Bukan soal sayang atau tidak... atau bukan AGENSI tidak menghargai... ini sebenarnya adalah satu misi.. aku sudah tanam dalam diri.. dalam masa 5 tahun di AGENSI aku sudah dapat apa yang aku nak.. Kemudian aku harus bergerak pantas membina 'empire' yang selama ini diidamkan...

Victory.. it's all about passion and talent.. ~ Coach Jose Mourinho, The Special One
Sekarang ni aku dapat lakukan perkara yang aku minat.. Bersama partner dengan dibelakang kami dibarisi oleh mentor-mentor berjaya.. Networking yang teramat besar dalam dan luar negara... Aku cuma angkat kaki sebelah lagi untuk cukupkan team... Ia cukup bergaya sekali..

Dream career.... X ramai 'ustaz' yang menceburi bidang yang aku ceburi ini... aku anggap mcm suatu jihad ekonomi.. yang mana mahu memecahkan monopoli orang bukan Islam dalam industri ini.. Syukur pada Allah.. Company kami sudah dapat sijil MOF dalam pelbagai bidang kod yang amat berpotensi.. Tgh run project di PNMB, Masjid Negara, Darul Quran JAKIM, PERNEC, YAPEIM dan pelbagai corporate company yang mengagumkan.

Aku dan partner ada vision yang besar.... Ia jauh lebih besar dari AGENSI yang selama ini menjaga aku... ya.. global market sebagai blue ocean strategy... :)

I'm not 'ustaz' anymore.. mungkin sudah lari jauh subject sekarang.. hehe.. yelah.. client fikir aku ni webmaster & ict expert.. kalo cakap aku ada degree syariah sure dorang tergezut.. padahal portfolio project semua dah high-end... aku x tau mcm mana nak cakap.. ini semua kuasa Allah..

Pepun.. kepada mereka di AGENSI... terima kasih... dan ampun maaf di atas segala silap salah.. kita sama-sama kejar impian yang terbaik utk ummah... :) hayya bil jihaad.. !

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.