Berhenti Kerja ?


Ada beberapa peserta coaching saya yang dah berhenti kerja kerana dahsyatnya penangan Teknik 7 Naga walaupun sekadar produk atas angin secara part time. Nak buat RM500,000 tidak lagi mustahil bila dah bersungguh-sungguh nak berjaya dan upgrade level kehidupan lebih baik. Namun ada yang masih bekerja dan sedang plan nak berhenti kerja serta mencari-cari sampel surat berhenti kerja di dalam internet.

Saya tak menghalang. 

Kerana itu adalah 'perjuangan' hidup anda. Situasi itu saya memahaminya kerana saya dulu resign daripada kerja tetap gov yang ada pencen. Kebimbangan dan kerisauan itu saya teramat memahaminya di hati ini. Sampai sekarang saya masih belum percaya saya sudah resign gov dan bebas rat race 9 - 5 pm setiap hari tanpa perlu stuck jem di jalan raya maupun lebam dalam meeting kerja.

Jawatan saya pada masa itu memang elite. Siap ada bilik pegawai sendiri dengan meja dan kerusi empuk serta 5 orang staff subordinat di bawah bidang kuasa saya. Paling best memegang dana RM11 juta setahun dan track record saya memegang unit berkenaan selama 4 tahun tidak mampu dicabar oleh pegawai lain sehingga hari ini banyak yang menggantinya bertukar silih ganti. Memang kerja heavy sebab handle 4 hospital terbesar Malaysia iaitu HKL, PPUM, PPUKM dan HPJ. Malah organise event yb dato menteri setiap tahun dengan begitu berjalan lancar. Sepanjang 'rekod' saya tiada pernah pegawai yang termampu buat event boleh himpunkan yb dato menteri dan juga timbalan dato menteri dalam satu event bersejarah besar organisasi tersebut. Mungkin pada masa saya menulis ini setakat ini belum dengar lagi rekod saya dipecahkan di HKL.

Ok kita balik semula isu berhenti kerja.

Mengapa saya berhenti kerja ?

Ini adalah kerana 'passion' saya dalam bidang business dan juga seni. Dalam masa yang sama sering terfikir mengapa saya selalu dapat 'ilham' terbaik tetapi bukan untuk kegunaan saya malah ia sebenarnya untuk orang lain. Misalnya membantu para usahawan baru yang nak meningkat naik dari segi aspek branding, design, web dan system. Sehinggalah ramai pula usahawan muda dan juga yang jumpa saya telah berjaya dalam arena niche business masing-masing. Pada masa itu saya sekadar main main sahaja dan beranggapan idea itu share secara tak sengaja.

Ianya berubah setelah pelbagai situasi dalam organisasi berlaku serta passion terhadap business semakin membuak-buak pada tahun 2010 saya buat keputusan resign dari gov setelah berkhidmat hampir 5 tahun. Apakah persediaan saya sewaktu itu ?

Berikut saya ringkaskan tip atau petua sebelum anda berhenti kerja :

  1. Berbincang dengan family atau rakan terdekat malah mentor sifu untuk dapatkan pandangan lebih jitu. Bila kita dapat support sokongan dorongan motivasi daripada family atau mereka yang terdekat dengan kita maka suatu 'energy' yang mudah tercetus bagi memudahkan kita perjalanan yang mendatang.
  2. Mempunyai persediaan savings minima 6 bulan perbelanjaan dan tahu bagaimana nak gandakannya dengan masa pantas. Teknik 'compounding' ini penting sebelum berhenti kerja.
  3. Mempunyai tahap hutang yang terkawal. Dapat dikurangkan hutang dan risiko terutamanya kad kredit langsai dengan baik. Manakala lain-lain hutang boleh dicalculate semula untuk penyusunan hutang dengan dapatkan kadar interest paling terendah jika available. Walau apapun jika nak berhenti kerja sememangnya kita tak perlu tambah hutang sebaliknya perlu fikirkan cara untuk kurangkan hutang. Dalam bab ini saya ada terangkan 'leverages' kepada peserta coaching saya.
  4. Perancangan strategik Exit Plan dari kerja anda harus bermula dengan pelan sebelum, semasa dan selepas berhenti kerja. Bermakna segala hal kerja dan surat rasmi berhenti kerja perlu dilakukan dalam notis sebulan. Habiskan cuti jika ada dan segala claim tuntutan kepada majikan boleh dibuat sebelum berhenti kerja. Make sure lakukan dengan tersusun dan baik. Buat surat rasmi yang tenang dan saya boleh berikan idea jika perlu di dalam sesi coaching. Manakala semasa dah nak berhenti kerja make sure anda bersedia mentaliti yang jitu dan tidak boleh patah balik semula. Jika ada jamuan perpisahan maka boleh join kerana ia bagus untuk mengekalkan reputasi baik. So then dah complete berhenti kerja maka bermulanya kehidupan baru.....
  5. Perancangan 4 quarter untuk bisnes atau apa jua niche anda dalam masa setahun. Maksudnya kena ada strategik planning dengan gunakan sepenuhnya Google Calendar penuhi event dan schedule business anda. Nak jumpa client, customer atau buat event maupun launching product. Saya akan tunjukkan cara bagaimana nak manage business anda secara sistematik guna 1 sistem PRO yang friendly dalam web maupun mobile phone. Bayangkan project berjuta-juta guna format yang sama. Saya berikan kepada peserta coaching saya sistem ini percuma mulai tahun 2015.
  6. Kembangkan networking business dan life anda dengan orang-orang yang highly motivated person. Elakkan dengan orang yang negatif dan perbanyakkan cari 'lubuk' yang positif. Saya akan sarankan anda beberapa lubuk best usahawan untuk anda join dan very worth it coz semua usahawan biasanya positive minded dengan tahap yang luarbiasa. Jika jumpa usahawan jutawan maka tempiasnya akan terkena jua pada anda.
  7. Tawakal hanya pada ALLAH. Setelah kita berusaha dengan perancangan di atas, maka bertawakal sepenuhnya kepada ALLAH Ta'ala. Tiada suatu pun zarah bergerak atas bumi ini melainkan dengan izinNya. Oleh itu kita wajib tunaikan kewajipan hambaNya. Bergantung harap jiwa raga kita dengan ALLAH dan bukan letakkannya pada duit atau makhluk semata. Tok guru saya pesan bila kita meletakkan keyakinan sepenuh hati dengan ALLAH maka dengan itu ALLAH juga akan yakinkan kita untuk mencapai apa jua impian kejayaan.
Semoga 7 tip ini akan membantu anda yang ingin berhenti kerja.

Allahumma yassir.


Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.