3 Pengajaran & Iktibar Buat Usahawan Baru Kita


Sepanjang saya kendalikan personal coaching bagi para usahawan kita, ada yang hadir dari utara, timur, selatan maupun borneo sabah sarawak ke KL semata-mata ingin mendapatkan ilmu perniagaan, persyarikatan maupun strategi pemasaran terbaik untuk bisnes mereka.

Saya ucapkan tahniah yang dah sertai sesi personal coaching saya dan selalu doakan kejayaan mereka. Di sini terdetik di hati ingin menulis mengenai cabaran usahawan kita sepanjang coaching saya temui beberapa issue penting yang mungkin boleh dijadikan pengajaran dan iktibar bersama.

1. MINDSET Yang Belum Ready
Antara isu yang paling besar sepanjang kendalikan sesi coaching bila ada yang belum ready untuk terima idea-idea baharu dalam internet marketing kerana sudah terbiasa dengan teknik offline. Ada betulnya bila sudah terbiasa offline maka isu terbesarnya adalah sukar untuk melaksanakan idea online yang agak aneh dan baru bagi mereka ini. Pesan nasihat saya adalah orang berjaya boleh 'adapt' apa jua perkara baru dan 'overcome' perasaan takut atau phobia dengan lappy atau apa jua teknologi. Perasaan FEAR ini harus diganti. Harus ditukar dengan FEAR yang baru iaitu " Face Everything And Rise " barulah dapat cipta keajaiban dalam bisnes online + offline yang sungguh hebat ini.

2. SELF-ESTEEM Yang Lemah
Ada yang begitu inferiority complex sepanjang coaching saya dan suka membandingkan orang lain. Saya pesan kita harus 'hargai' atau love yourself tanpa bandingkan dengan orang lain. ALLAH sudah berikan semuanya yang terbaik kepada kita dari segi akal minda yang hebat, jasad jasmani yang serba cukup berfungsi serta iman Islam yang kental di hati sebagai panduan jalan dalam kehidupan. Orang Islam yang hebat tawakal tertinggi pada ALLAH Ta'ala dan tidak bertawakal dengan makhluk. Dalam bisnes kalau nak berjaya perlu follow jalan atau jejak orang-orang yang telah berjaya. SELF- ESTEEM boleh didevelop secara berperingkat dan tak perlu give up terlalu awal kerana kita masih mempunyai masa untuk improvised apa yang terkurang atau terlebih. Ambil contoh saudagar Islam terkaya Abd Rahman bin Auf yang boleh bermula sehelai sepinggang bila berhijrah ke Madinah dan menjadi kaya raya sehingga boleh menginfaqkan hartanya untuk perjuangan Islam. Bila kita tiru kejayaan seperti ini maka dengan sendirinya SELF-ESTEEM akan terbina tanpa perlu jeopardize perasaan diri sendiri.

3. DISIPLIN Yang Tidak Serius
Ok ini satu isu yang amat serius. Selepas hadir coaching saya dan diberikan database serta strategi bisnes yang spesifik untuk mereka maka TANGGUNGJAWAB yang seterusnya adalah laksanakan dan praktiskan apa yang dipelajari secara sungguh-sungguh tanpa bertangguh.

DISIPLIN kita harus berada pada tahap tertinggi.

Ini kerana orang yang berjaya bila buat sesuatu akan buat sampai habis !

Kita akan reach finish line walau sesukar mana sekalipun.


Bila semua ini kita serius laksanakan maka apa jua rintangan selepas ini akan menjadi semakin mudah dan makin biasa untuk ditangani. Yang penting adalah sejauh mana KEBERANIAN kita untuk menghabiskan apa yang telah kita mulakan.

Jika dah buat bisnes, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Biarlah penat buat bisnes daripada membuang masa yang tidak menghasilkan apa-apa.

At least kita penat dan ada RESULTS.

Dari situ kita akan belajar sesuatu dalam life, iaitu hargai apa yang kita ada sekarang sebelum segalanya berakhir. Kita masih mempunyai masa untuk lakukan apa yang kita mahukan dalam life sekarang.

So stop wasting your time melayan ketakutan yang tidak real. Tidak wujud sebaliknya jadikan impian kita itu sesuatu yang real lebih bermanfaat dan bernilai dalam hidup.

Sama ada kita lakukannya sekarang, atau terlepas peluang ini selama-lamanya.

Selamat maju jaya buat anda dan teruskan usaha tanpa henti sampai ke Syurga.

Fii Amaanillah 



Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.