Masa akan menentukannya...

Dulu aku pernah bersedih kerana hidup.. Apakah hidup ini hanya untuk bersedih ? Persoalan itu terlontar kembali.. Namun dari saat ke saat, hari demi hari, tahun demi tahun... aku masih fgagah berdiri di sini... Syukur pada tuhan kerana masih menyayangiku..

Aku pernah berdepan dengan maut pada 6 tahun dulu.. tragedi kemalangan yang menggemparkan warga UM pada waktu itu masih segar diingatan.. Apakah hari ini ia merupakan suatu bonus hidup ?

Aku diuji dengan nama, harta, wanita dan kuasa.. Tidaklah sebesar mana tetapi ia cukup mendewasakan pemikiran kita.. Bukankah kehidupan dunia itu tipu daya semata-mata ?

Sekarang...

Aku masih berjuang untuk impian.. tiada siapa yang dapat menghalangnya.. kecuali tuhan.. dan dengan itu juga aku memohon padaNya untuk memberi peluang pada insan kerdil ini mengapai impiannya sebelum kembali pada sisiNya.. tiada apa satu pun yang paling penting melainkan al-Falah.. mahu menyumbang sesuatu buat diri, keluarga dan ummah.

Al-Falah.. apakah yang org lain fahami ?

Kini kita berjuang di atas pentas sementara untuk kejayaan yang hakiki.. Bukankah dunia ini jambatan akhirat ?

So mahu tidak mahu kita perlu bertekad untuk cipta kejayaan di dunia dan juga akhirat.. Kerana al-Falah itu cukup penting dalam hidup insan, bukanlah lama sangat hidup kat dunia ni, tetapi gunakanlah masa yang ada untuk buat yang terbaik..

Ada yang datang ada yang pergi, ada yang tumbuh ada yang berganti.. namun sebelum terlewat, selagi masih ada nafas dan masa kita perlu membuat pilihan untuk hidup kerana Dia.. Buatlah yang terbaik dalam apa jua.. Moga Allah merahmati kita semua...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.