Alhamdulillah..

Lega rasanya proses restore database RahsiaEbiz.Com telah berjaya dilakukan semalam. Kesemuanya 100% berjaya dipulihkan di tempat web hosting yang baru lebih stable dan laju.. Aku tak boleh tahan lagi dengan masalah downtime yang menjadi-jadi.. Sbb itu pilihan terakhir adalah terpaksa mencari hosting baru bagi beroperasi dengan lebih professional.

Kenkadang malu juga kalo web down.. orang kata apala webmaster buat kerja tak pro.. web sendiri pun takleh handle... Sepanjang 6 tahun, banyak pengalaman ditimba.. Ia makin lama mematangkan kita.. dalam apa jua aspek sekalipun kita akan bekerja dengan lebih baik dan hebat.

Kini phase 2 RahsiaEbiz.Com sudah bermula 1 Oct 2007 dan sejak server migration berjaya ini menambah semangat aku untuk lancarkan banyak projek serentak.. Apatah lagi tahun ni merupakan tahun yang paling strategik utk bina produk dan service sendiri yang unik. Aku rasa bertuah kerana dikelilingi oleh mentor² yg cool.. Dari merekalah kita belajar dan mempraktikkan apa yang diajarkan.

Bebaru ni hari Ahad 30.9.2007 ada majlis berbuka puasa bersama artis Hijjaz, mestica, unic, suhaimi+ina , syifa dan semua warga KSH.. aku terlupa nak update pasal ni di web.. Neway majlis bermula kol 3pm sampai 11pm kat hotel putra.. Aku dtg dengan wife dan anak buah sefitrah management.

Byk jugalah isu2 nakal tersentuh di samping mengenali org2 baru dan mengeratkan org2 lama.. yang paling ter'surprise' bila mestica sebut nama aku dan wife masa berucap kt pentas.. whoa.. recognition yang teristimewa.. ahaks.. neway thanks semua.. kita mcm ibarat family..

Aku ada diskus beberapa project ebiz bersama designer hijjaz yang buat semua cover album nasyid dan printing material untuk berkolaborasi dengan www.rahsiaebiz.com .. Insyaallah kita akan elaborate lagi idea ebiz yang 'fit' antara satu sama lain apabila dah launch product baru aku yg bakal muncul 29th oct 2007.

Okeh.. takat ni dulu buat masa ni.. nanti ada apa2 aku update lagi.. masa semakin menghambat kita semua.. rancanglah hidup dengan baik.. moga beroleh al-Falah.. :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.