Hujung minggu adalah dunia terhebat !

Ni bukan pasal nak bercuti di Langkawi atau kepulauan Caribbean. Hakikatnya aku suka weekend kerana dapat menumpukan 100% pada workstation kesayangan yang mempunyai akses terhadap harta maya bernilai lebih daripada $100,000 usd dan sedang meningkat dari masa ke semasa. wah.. duit bertimbun tu...

Ops.. meh aku betulkan.. bukan pasal duit sangatpun, tetapi pasal potensi project dan resources yang semakin naik bermula dari $100k usd jika dpt siapkannya dalam masa 3 tahun ini. Ini merupakan matlamat hujung minggu .. hehe.. orang ingat ia mcm nak bercuti atau pegi mana2 melancong di ujung minggu.. But aku hanya 'explore' dengan golden goal yang memberi manfaat utk jangka masa panjang. Itu adalah 'pulau perlancongan' yg hebat...

Berdepan dengan kehidupan maya menjadikan kita kreatif utk mendapatkan ketulan-ketulan emas yang terdampar di depan kita.. frankly speaking.. ada orang jadi jutawan dengan hanya jual product yg untungnya bernilai 1usd kepada sejuta orang di dunia.. konsepnya mudah saja, ada produk, ada list, ada marketing then boommss.. u got that golden mine..

Matlamat ini amat penting pada aku, ia umpama mengejar harta karun.. so kene hadapi byk cabaran, kene disiplin tinggi.. Nikmat mencapai matlamat adalah tidak ternilai.. Ia adalah hasil usaha peracangan bertahun-tahun.. bukan sesaat cuma..

Ttg social obligation, terutamanya kepada golongan² yang memerlukan aku sudah plan masa depan bila berjaya nak buat yayasan mcm tan sri albukhary buat.. But wat masa ni aku still menyembunyikan amal jariah yg dibuat.. buat apa nak bgtau kat org apa yg kita sudah buat? Just senyap saja umpama tangan kanan memberi tangan kiri tak tahu... rasanya lagi tenang bila kita buat amal jariah dgn ikhlas tanpa sibuk² nak bgtau orang... mcm tok guru mengajar kita mcm mana nak jadi insan yang baik dengan hati yang mulia..

Okeh.. aku rini mcm biasa.. love to click everything on net.. oii.. cd photoshopdesign mania terus laris maaa.. aku dah habis stok.. kene burn balik.. hehehe... so hari ni buat 10 unit lagi, rasanya next week dah sold out.. then kene burn lagi.. urghh.. inilah akibatnya buat ebiz ujung minggu, masih memerlukan pekerja but aku susah nak percaya pada orang kerana pernah kena tipu dan rugi beratus dollar sbb percaya pada partner yang kononnya nak buat kerjasama.. sedangkan dia tipu then bolot semua resources tu.. agak menyedihkan orang² kita ni.. adakah mereka tak fikir apa perasaan kita yang rasa dipermainkan ni ?

So sebagai pengajaran.. aku tak berkecil hati sangat.. anggap ia adalah liku² perniagaan.. Allah telah gantikan aku dgn bizpartner yang jauh lebih baik dan sangat mulia. Skrg ni rasa lebih 'gagah' coz my business keep growing up and stronger than before.. network makin berkembang, kewangan semakin kukuh... thanks God.. aku bersyukur atas rahmat dan nikmatMu yg tak bertepi ini... insyaallah aku berjanji nak sumbangkan sesuatu utk ummat dan manusia.. nak berjuang di jalanMu.. jadikan jihad ekonomi sebagai landasan utama.. nak jadi webmaster Islam yang berwibawa, nak jadi cyberpreneur Islam yang berdedikasi dan seterusnya menyumbang apa jua yang bermanfaat utk ummat..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.