Learn To Be The Best !!

Jargon ayat ni aku dah guna pada tahun 1998 lagi.. masa tu saat sukar berdepan dgn SPM dan detik bersejarah Malaysia jadi tuan tumah sukan komanwel 98 (SUKOM 98).. Apa yang penting aku dah belajar untuk cuba 'meniru' brother² yang dah berjaya dalam study.. jadi hebat mcm mereka dan kalo bole nak jadi lagenda.. nak bagi sumthing yang boleh dibanggakan kepada family mak ayah..

Alhamdulillah.. SPM 98 keputusan memberangsangkan, berduyun ucapan tahniah dari guru, cikgu tersayang termasuk adik-adik anak buah di sekolah dulu.. Aku di antara student terbaik SPM 98 dan dapat anugerah cemerlang yang disampaikan oleh Dato Seri Najib Abd Razak bertempat di Dewan SMAKL pada tahun 1999 meraikan kejayaan kami semua.

Kini sudah hampir 8 tahun berlalu, aku sudah pun graduate dan berkarier.. jargon 'Learn To Be The Best !!' kini berkumandang sekali lagi.. meraikan kejayaan 2007 bersama Softhands.. aku telah berjaya hampir 50% mencapai matlamat yang disasarkan. Ia satu perkembangan positif. Aku ingat tak mampu buat, rupanya makin lama makin berkembang.. Sehingga merangkumi segmen corporate di dalam dan luar negara serta penyertaan aktif di dalam segmen B2C dan B2C..

Perkembangan mutakhir aku JV dengan beberapa kumpulan anak muda yang 100% fully passionate with business.. Insyaallah aku akan kembangkan network, dari segi focus kepada core-business yang ingin diperkasakan. Selain itu aku nampak ruang dan peluang untuk bina empayar ekonomi Islam dalam bidang ICT.. Aku yakin dalam masa 6 bulan sptmana posting sebelum ini menjangkakan perubahan yang teramat ketara bagi kitorang.. tahun 2008 adalah satu tahun yang amat penting, di mana semua projek run gila-gila.. mcm dunia ni takda masa lagi utk lepak sambil menekel awek.. hohoo.. apa yg penting matlamat utk al-falah itu penting.. orang islam kalah dari segi jihad ekonomi kerana kesilapan mereka memahami sepenuhnya Islam itu sendiri.. apa yg penting niat betul dan kerja gigih.. kita berusaha untuk ekonomi ummah dan menjadi tuntutan fardhu kifayah dalam bidang ICT yang mana di Malaysia masih didominasi oleh non-muslim.

Learn.. belajar dan memahami untuk berjaya bukanlah dengan angan-angan kosong. tetapi sebaliknya dengan memperkasakan ilmu, iman dan amalan.. hakikat kejayaan adalah berjaya dunia dan akhirat..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.