Kerana masa depan itu indah...

Jelas.. dan nyata.. aku berjuang kerana impian dan cita-cita. Tiada apa yang penting selain daripada al-Falah.. Biarlah sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Aku bukanlah orang yang sambil lewa, pemikiran ini begitu yakin memikirkan masa depan.. Seronok itu ada tempatnya, dan aku akan menuainya di kemudian hari.. Masa tu tiada sesiapapun boleh menghalangnya..

Yakin dan percaya.. masa itu akan tiba jua.. segala kepayahan, keperitan dan kejerihan itu akan terbayar nanti.. Seperti hukum dunia.. yang baik akan dibalas baik dan yang jahat akan dibalas jahat.. Aku sentiasa berfikir utk kebaikan hidup masa depan, masa skrg ini adalah utk berkorban dan dalam 10 tahun lagi aku adalah seorang yang 'bebas' seperti helang terbang tinggi di awan angkasa..

usah lah resah dan gelisah.. usah lah takut dan sedih.. innallaha ma'ana..

1 ulasan

  1. assalamu'alaikum.

    tulisan-tulisan anda begitu menginspirasi. meskipun saya harus berpikir dulu karena bahasa anda Melayu, sedangkan saya orang Indonesia.

    salam kenal.
    Syukron.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.