Malaysia perlukan dimensi baru bagi ummat bersatu...

Saya menyokong penuh saranan Dr Asri Mufti Perlis yang melihat betapa pentingnya perpaduan ummat Islam bagi membangunkan masa depan negara. Saranannya supaya UMNO dan PAS duduk semeja untuk berbincang halatuju ummat Melayu Islam berbanding DAP yang tampak jauh lebih merugikan yang terang lagi bersuluh menentang Islam.

Ini bukan soal meleburkan prinsip identiti parti tetapi ini adalah asas matlamat sebenar perjuangan Melayu Islam di Malaysia. Kita tahu negara ini adalah tanah Melayu, mempunyai Raja Melayu dan juga Islam sebagai agama rasmi perlu disegarkan semula mengenai ketelusan, keadilan, keikhlasan, keselamatan, perpaduan dan ukhuwwah islamiah berbanding berbalah sesama sendiri yang memecahbelahkan persaudaraan Islam.

Jika sesuatu persefahaman dicapai, berkat dari tolak ansur sesama parti, ia melambangkan kematangan dan kebijaksanaan dalam merangka halatuju ummat Islam di Malaysia khususnya. Kita tidak mahu lagi sesama Islam berbalah sehingga musuh2 Islam cuba mengambil kesempatan merampas sebahagian hak orang-orang Melayu Islam di bumi bertuah ini.

Saya fikir ia melangkaui batas demokrasi, apabila toleransi dicapai, persefahaman secara bersama, ia lebih kepada musyawarah berasaskan perlembagaan Islam. Jauh bezanya antara demokrasi parlimen yang diisi oleh para wakil rakyat berbanding sesama Islam yang berunding mencapai kata sepakat musyawarah di luar parlimen. Islam itu sendiri tidak terikat dengan parlimen sebaliknya menjadikan nas alquran dan hadis sebagai pegangan itulah melengkapkan sebuah ummat yang cukup hebat.

Dr Asri pandangannya jauh kehadapan, melihat sesuatu isu bukan sekadar isu sebaliknya ke akar umbi sekali. Walau ramai org yang diperkatakannya, walau beribu tohmahan ditujukan kepad Dr Asri, namun hujah dan pandangannya cukup penting demi kebaikan ummat..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.