Menghadapi D-Day & RahsiaEbiz 2011

Hidup ini bukanlah semudah yang disangka.. namun aku menerima dengan penuh pasrah dan menyelami hikmah di sebalik semua ini. Bila kita terbuka hati untuk melihat dengan lebih tenang insyaallah di situ menunjukkan sebenarnya kuasa tuhan yang kaya dengan ilmunya menetapkan setiap sesuatu bagi makhluknya..

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
So, ia cukup memberi penghayatan yang sebenarnya terhadap D-Day.. saya akur ketetapan tuhan.. dan kini masa untuk berubah dan melakukan tajdid menjadi lebih penting drpd segalanya.. target al-Falah sudah ditetapkan, kejayaan nak dicapai bukanlah sehari dua.. dan ia sebenarnya perancangan bertahun-tahun untuk jadi lebih bermakna.

Insyaallah di masa akan datang, aku lebih bebas dan energetik untuk fokus kepada kejayaan. Tiada lagi halangan dan rintangan, percaya kepada kuasa tuhan bahwa Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.. :)

Tiada ulasan

Leave a Reply