Im grateful to be... ME.. !!

Sejak beberapa hari ni banyak perkara berlaku.. semua mcm yoyo.. namun aku berjaya melepasi semuanya tanpa collateral damage yang besar... aku langsung tidak bertindak untuk counter-attack sebaliknya dalam keadaan yang rileks dan bertenang.. Di tangan aku ada bukti.. bukti yg boleh menggusarkan position mereka. :)

Tapi aku pk balik.. alangkah rendahnya mentaliti mereka kerana bertindak sedemikian.. dan aku hanya bertenang supaya tidak menjadi rendah mentaliti seperti mereka juga...

Dalam keadaan spt ini, aku mesti mengutamakan kepimpinan.. masih hormat dan taat setia.. dan selagi aku masih baik sebegini inilah untuk meneruskan perjuangan.. masalah sebegini umpama sekecil semut.. usah hiraukan sekecil itu.. anytime saja boleh pijak jika aku mahu..

Namun di sini aku ada 2 tahun saja lagi... tahun 2009 adalah untuk meneruskan menggapai impian.. bulan ini cipta sejarah aku dah dapat rumah sentul yang berharga RM80k... dan rumah pj bernilai setengah juta dalam akaun masa depan.. aku harus bergerak maju ke depan dan tidak memikirkan soal titik bengik mcm semut tadi...

Dunia sentiasa berputarligat.. aku mesti pantas ke hadapan.. meninggalkan segala yang remeh dan terus mencipta kejayaan.. di samping itu perbanyakkan amal kebajikan terutamanya membantu muallaf.. hari ni aku dah kuarkan sket duit poket sendiri kepada seorang muallaf yang dalam kesusahan.. harap ia dapat membantu.. rm100 x banyak mana tapi moga ia dpt membantu meringankan beban sedikit. aku tak kesah apa org kata pasal baitulmal dan sebagainya... mereka x tahu apa itu baitulmal sebenarnya... sebaliknya aku secara personal dan memahami saudara seagama kita pantas rela membantu.. dan ini adalah salah satu tanggungjawab kita sebagai muslim yang prihatin...

Lupakan soal birokrasi, soal politik, soal sepak terajang yoyo pokemon dan sebagainya.. kita focus kepada agenda ummat.. focus kepada agenda kejayaan.. dan focus kepada al-Falah...

Aku bersyukur pada tuhan.. memberi segalanya untukku.. aku cuba sedaya upaya berusaha untukMu.. berjuang di jalanMu.. jihad ekonomi adalah landasan aku seterusnya pada 2011.. moga Allah makbulkannya !!!

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.