Hari Pertama 2009 !!

Nampaknya aku mengambil peluang ini untuk menulis pada saat-saat awal tahun 2009 tiba... rasanya ini first time wat cmni.. sanggup x kuar mana-mana sebaliknya berdepan dengan workstation pada awal malam tahun baru. Apa yang menyebabkan aku begitu teruja ?


Impian
Inilah yang mendorongkan aku untuk lebih berjaya di masa depan. Aku rasa hampir semuanya puas hati untuk tahun 2008 dan tahun seterusnya adalah detik-detik kejayaan yang lebih sempurna. Skrg ni nak focus career & business.. empayar yang amat penting dlm hidup setakat ini.

Berhenti buang masa
Dulu aku suka ber'procrastinate' sambil lewa.. kbykn hidup byk rugi.. so kali ini kita perlu disiplin.. tiada lagi agenda main-main.. perlu disiplin dan serius.. kalo nak jadi jutawan kenalah rajin dan focus.. kalo asyik buang masa dengan perempuan, hiburan, permainan, skandal, tido malas dan sebagainya mmglah ia akan merugikan... setiap saat yang berlalu tidak dpt diganti lagi...

Sepenuh hati...
Mcm orang bercinta separuh hati.. sure x kan menjadi punya.. sbb tulah kene wat sepenuh hati.. apa jua matlamat apa jua pekerjaan perlulah sepenuh hati bg mencapai kejayaan lebih sempurna. Sepenuh hati berusaha yang terbaik, sepenuh hati belajar dari pengalaman, sepenuh hati dalam meneruskan perjuangan...  barulah berjaya...

Aku rasa kebanyakan mentor2 yang ada sure wat kerja sepenuh hati.. sbb tulah diorang kaya ilmu dan kaya hati...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.