My Unchained Melody...

Dulu masa kecil dalam umur 9 tahun aku suka lihat langit... kenkadang sewaktu petang selalu baring di padang sambil tgk awan dan langit biru.. luasnya.. rasa mcm lapang.. masa tu tak terfikir betapa agungnya ciptaan mata sekecil telur ayam ini mampu memuatkan penglihatan sebesar langit biru... betapa luasnya alam itu mampu dilihat mata kecil ini.. namun terlalu sedikit manusia yang mahu menyedarinya..

Zaman sekecil aku pada waktu itu sebenarnya jauh lebih gembira daripada zaman dewasa sekarang. Lebih selamat dan seronok berbanding rasa bimbang kerana hari ini dunia seolah-olah mahu menelan masa depan tanpa belas kasihan.. Betapa mencabarnya kehidupan hari ini berbanding 20 tahun dulu.. Orang semakin tamak haloba dan hilang maruah. Dan di pentas ini juga mereka sanggup melakukan apa saja untuk hidup waima melanggar aturan tuhan..

Aku membesar dan dewasa.. melihat segalanya dengan mata kecil ini.. kenkadang x sanggup melihat lagi kerana terlalu banyak kepongahan dan kesedihan yang x mampu dibendung lagi. Namun hati tetap tabah dalam menelusuri denai berliku.. Kita mampu untuk harunginya dengan usaha dan doa.. sekiranya tersungkur rebah.. kita hanya perlu bangun untuk melangkah kembali ke hadapan.. esok hari masih ada.. masa kan trus bersilih ganti...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.