Whoops... jadi superman kejap...

Mcm biasalah.. hari ni aku mcm 'super' sket.. byk order cd duit pun masyukk.. alhamdulillah... so far apa yang aku faham ialah 'rahsia marketing' yang patut diketahui oleh semua 'internet marketer' Malaysia yang baru nak berjinak-jinak dalam arena ebiz ini...

Apa yang menguatkan usaha aku adalah 'imaginasi' untuk jadi hebat... mcm superhero superman.. maupun james bond.. berkebolehan serba serbi.. dari bab sekecil semut hinggalah bisnes dan tech-savvy.. semua ini merupakan satu 'kehidupan' yang aku sendiri alami dan 'happy' dgn apa yang ada hari ini..

Apa yang menarik adalah dunia internet skrg lebih 'misteri' dari apa yang disangkakan.. semua orang boleh explore peluang2 percuma dan lumayan.. tanpa disangkakan mendatangkan rezeki yang tak putus-putus...

Soal mencari duit bukan lagi satu perkara 'susah'.. seolah-olah duit itu mendatang mencurah-curah dan memberi rahmat yang cukup bererti.. Apa yang kita perlu buat adalah sentiasa bersyukur, mengucapkan terima kasih, sentiasa berdoa dan bertawakal pada tuhan, sentiasa bersikap positif dan meneruskan usaha dengan penuh bersemangat..

Setiap hari bagaikan hujan emas... yang perlu kita sambut dengan kesyukuran.. usah membazir dan membuang masa atau melakukan perkara yang sia-sia... disiplin itu penting.. jgn tinggal solat.. jgn derhaka ibu bapa.. dan jangan sesuka hati ikut kepala sendiri tanpa memikirkan tuntutan agama... sabar itu hikmah.. insyaallah orang yang bersabar akan memperolehi kemenangan di kemudian hari...

Oklah nak sambung kerja.. hari ni jumaat yang penuh barakah.. thats why i love friday.. my lucky day :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.