Die another day...

Aku suka title filem James Bond neh.. seolah-olah kene usaha segila mungkin supaya menyelesaikan misinya sehingga habis dan jangan mati selagi belum habis... ini satu tagline yang mmg bagus untuk diri aku.. yang ada misi dan impian.. moga dapat diselesaikan sebelum hembusan nafas terakhir..

Mmg diri ini suka mencabar hidup sehingga ke garisan penamat.. org kata pushing the limit.. dalam hidup kita ada 1 peluang untuk hidup di dunia sebelum mati. Oleh itu aku tidak gentar kerana jika aku mencapai misi al-Falah ia sudah mencukupi berjaya di kedua-duanya sama ada berjaya di dunia maupun di akhirat..

Masalah yang melanda setiap hari umpama semut... dihurung dan dikelilingi dgn pelbagai ragam aneka manusia... kita tak pernah terlepas daripada kesilapan.. dan dengan itulah kita berharap dapat mempelajari sesuatu untuk berusaha lebih baik di masa hadapan..

Perasaan marah, kecewa, bengang, frust menonggeng, sepi, sunyi, kesal, sedih, pilu, hiba, senyum tawa gembira semuanya adalah lumrah kehidupan... aku harap dapat berusaha sebaik mungkin mencapai misi al-falah.. itu lebih penting... perasaan ini hanyalah satu infiniti.. tetapi al-falah dan kejayaan sebenarnya adalah alam akhirat yang pasti dan realiti...

Kesusahan di dunia akan ditebus untuk kesenangan akhirat... dan Allah membeli dari orang2 mukmin dunia mereka dan gantikannya dengan akhirat yang jauh lebih baik..

Dengan berlapang dada.. tekad dan nekad yang jitu.. kita jadikan kesungguhan dan kecekalan itu senjata untuk meneruskan hari-hari yang mencabar.. usah gentar pada halangan, cabaran dan rintangan.. just smile back then.. kita mesti berani.. berani mencuba dan berani mati.. barulah ini dinamakan jihad.. perjuangan yang masih belum selesai...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.