Perjuangan yang masih belum berakhir..

Hari ni aku mencari rentak untuk hari esok.. Mungkin bermula dari rumah dan setelkan perkara rutin. Aku pasti banyak yang sedang menanti, dan hari ini adalah suatu bonus untuk aku berehat dan berfikir dengan tenang cara menyelesaikannya satu persatu.

Mmg banyak yang perlu diambil perhatian.. Dunia ini semakin sempit dan sibuk.. Biasala perjuangan masih belum berakhir dan ianya sudah bermula selangkah dari apa yang kita perlukan.. Mungkin genap 2 tahun kini aku menjadi seorang 'leader' yang benar-benar teruji dan tercabar.. ini mmg banyak memberi aku peluang belajar secara lebih mendalam dunia management scr praktikal bukan lg teori.

Apabila cukup 5 tahun nanti, insyaallah aku rasa ia mencukupi untuk jadikannya sebagai thesis master & phd. Sehingga skrg aku perlu mantapkan pengalaman, pengetahuan & skill kemahiran yang penting untuk survive dalam dunia serba serbi ini.

Aku akan meninggalkan tawaran hebat webmaster di Brunei.. duit bukanlah segalanya.. aku kerja bukan kerana duit atau pangkat.. sebaliknya kerja krn matlamat al-Falah.. serta satisfaction yang bakal aku dapat dalam masa 5 tahun.. 2008 - 2013 !! .. ia satu matlamat khusus aku di negara tercinta !

Perancangan hidup aku mencontohi RMK malaysia.. dan termasuklah pelbagai aspek spt financial, social obligation, career advancement, strategic management etc.. suatu hari nanti aku mahu mencipta sejarah dan lagenda untuk generasi cucu cicit aku nanti.. bkan sekadar kerja dan kendian meninggal dunia begitu saja.. paling kurang ada sumbangan untuk masyarakat Islam khususnya..

Oklah.. kita perlu bersemangat setiap hari... energetic & smart.. perjuangan ini masih belum berakhir dan perlu diteruskan sebaik mungkin.. optimist & realist !!

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.