Berharaplah kepada Sang Pencipta...

Ku disapa
angin bayu malam yang sunyi sepi

Ku sahutnya
dalam diam, naifnya diriku

Betapa resahnya hati..
apakah ku mampu hadapi

TanpaNya,
ku hanyalah kerdil
di celahan kaca..


Sekian lama
hati ini berat ditimpa dugaan

Ku teruskan segalanya
Dgn kudrat yang masih bersisa

Cuba bangkit
dari sebuah kekecewaan

Yang umpama mainan lumrah
Takdir yang kudepani
kerna sebuah kehidupan


Bicaraku dalam sunyi
Betapa sedarnya aku
Dari lena yang penjang
Lalu membiarkan
butir-butir cinta airmataku
Mengalir kerna rinduNya

Cubalah berbicara
Segalanya hanya kerana Dia
Biarlah daku berharap
Satu-satunya harapan
Hanya kepada Sang Pencipta..

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.