Sentiasa beringat pada hikmah tuhan...

Hidup ini tak semestinya indah belaka.. dan x semestinya derita sentiasa.. kerana dunia x semestinya siang selalu kerana malam pasti menjelma jua.. silih berganti masa detik waktu kita di pentas ini.. beringatlah kerana akhirnya kita pasti ke sana..

Aku masih menghitung bilahan hari.. ntah bila kan semua ini reda dan aman.. seolah-olah aku berdiri di pinggir waktu menanti takdirNya yang sungguh misteri..

Adakalanya menjadikan hati ini beku dan jemu.. apa lagi yang bakal menanti.. aku memandang dengan penuh debar betapa singkatnya hidup tanpa cintaNya..

Soal cinta yang belum pernah berakhir ini umpama pertarungan epik bersejarah sejak manusia dilahirkan lagi.. Sejak zaman Adam dan Hawa sehinggalah zaman primadona angkasawan di langit tinggi...

Namun cinta itu masih misteri... mustahil untuk mengetahui masa depan sebuah cinta makhluk kerana ianya berkemungkinan menjadi apa sahaja... bermusim maupun sekadar tugu seindah taj mahal... akhirnya nanti entah ke mana syurga dunia itu mampu membahagiakan..

Sehingga ini pesankan dalam hati.. beringatlah pada hikmah tuhan yang menciptakan.. muhasabah cinta biarlah kepada cinta yang agung.. satu-satunya yang menyelamatkan.. moga kita tenang, aman dan sejahtera bersama cintaNya yg kekal dan abadi..

Tiada ulasan

Leave a Reply