Isteri yang baik adalah isteri yang solehah...


Aku tertarik dengan beberapa berita di web Harian Metro mengenai Ratu Cantik Islamik yang memaparkan kaedah pemilihan ratu cantik bukan dari faktor rupa paras sebaliknya daripada kualiti akhlak dan budi pekerti yang mulia, hubungan erat dengan keluarga dan sahabat handai. Aku rasa spttnya program ni dah lama dimulakan dari dulu lagi memandangkan skrg ni kebanyakan dari kita melihat dari keadaan luaran sahaja. Sebenarnya aku mengkategorikan cantik itu ada 2 bentuk iaitu Cantik Luaran dan Cantik Dalaman. Kedua-dua bentuk ini cukup subjektif dan berbeza pada pandangan mata fizikal dan mata hati manusia. Namun aku lebih selesa sekiranya berbicara dari sudut Islam yang pernah menghuraikan mengenai tata perilaku dalam pemilihan isteri bagi lelaki muslim.

Nabi pernah bagi tips bila cari wanita utk dijadikan isteri sptmana hadis :
“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Maksud sejahtera itulah sebenarnya dalam erti sebenarnya bahagia dengan isteri yang memahami tuntutan agama.

Bagi aku rupa paras bukanlah satu ukuran utama... Kita perlu lihat sejauh mana kualiti luaran dan dalaman yang ada pada seseorang wanita itu untuk dijadikan isteri.

Kenkadang wanita ini ada pelbagai jenis... ada yang boleh dijadikan kawan, ada pulak jenis teman tapi mesra dan ada pula yang boleh dijadikan isteri. So pandai2lah pilih yang mana kaca dan yang mana intan permata. Sebab kalo salah pilih mmg ia boleh jadi neraka bagi suami...

Kenkadang kaum Adam ini senang diperkotak-katikkan.. Seolah-olah jadi kuda tunggangan kaum Hawa.. Ada pulak yang x ambil kisah, dan membiarkan fenomena queen control di dalam bahtera rumahtangga. Ini satu simptom yang tidak sihat dan cukup memudaratkan fungsi sebenar suami itu sendiri.

Untuk mengelakkan fenomena sedemikian, kenelah ada 'filter' dari awal2 untuk memastikan perkahwinan anda itu bahagia dan selamat. Usahlah cerewet sangat cari isteri cantik-cantik belaka.. Cukuplah jadikan kualiti cantik akhlak itu sebagai kriteria yang terbaik. Sure bahagia punya di sisi lelaki itu wanita yang solehah, at least ia memahami tggjawab isteri yang taat pada suami... :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.