Retreat...

Aku terbangun awal hari ni.. takleh tido plak lalu kembali mengadap laptop dan net melihat pelbagai perkembangan terbaru. Sesambil tu dengar lagu Hero.. lagu lama Mariah Carey ni sungguh gemersik skali.. :)

Kini sudah beransur tenang melodi event.. ia akan rancak kembali semasa bulan Ramadhan dengan program di 4 buah hospital. Aku dah plan untuk paperwork yang semestinya penting tahun ini. Apapun semuanya akan berlalu jua..

Aku sedang memikirkan kembali bagaimana nak setelkan beberapa projek lama yg dah tertangguh ini. Mmg busy tol la kali ni.. Sampai x sempat nak wat ebook baru. Jika aku boleh curi peluang masa mesti cukup bertuah. Bayangkan 2 dunia berbeza digarap bersama pengalaman sudah tentu memberi banyak manfaatnya.

Di waktu cuti ini aku banyak buat kelainan dalam hidup.. misalnya ke destinasi ikut jalan berbeza, belajar makan sejuk2.. belajar makan ubat.. huh aku paling x suka ubat.. tapi terpaksa ambil.. malah healer yg doc bagi aku dh tak guna.. ada 2 botol x habis2.. hehe..

Aku rasa banyak berbeza sejak dulu, masa sakit makan ubat, masa workaholic boleh rileks, dan masa rileks boleh workaholic.. belajar bagaimana nak balance.. semua ini mengikut irama dan seni nya tersendiri.. mustahil orang lain mampu lakukannya tanpa pengalaman dan dlm keadaan pressure yang tinggi.. hanya mereka yg pernah alaminya akan tahu bagaimana tingginya langit dan dalamnya lautan..

Aku banyak belajar semasa berdepan dengan urusan orang besar2 spt menteri, dato', tan sri, Ketua Pengarah etc.. mende2 inilah yang mengajar kita bagaimana nak manage diri dan orang lain serta company dengan lebih professional.

Bukan sekadar teori management di dalam buku semata-mata.. ia lebih kpd practical knowledge !

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.