Escapism...

Lega rasanya aku jauh dari suasana hiruk pikuk kuala lumpur semenjak berada di genting neh.. kembali merasai zaman-zaman universiti dulu dengan gatal mengajar orang serba sedikit mengenai web development & graphic design. Bagi aku semua ini seperti zaman 6 tahun dulu seronok dan bebas melakukan apa jua yang diminati tanpa sekatan...

Dalam masa yang sama hati aku semakin kuat untuk kembali meneruskan pembelajaran peringkat Sarjana dan PhD memandangkan rasa terlalu cetek ilmu yang ada sekarang.. Insyaallah bila peluang itu datang aku xkan sia-siakannya lagi nanti..

Walaupun masa yang singkat 3 hari 2 malam di genting ini akan menjadikan suatu titik permulaan baru untuk mencari erti kehidupan.. tiada gunanya mengeluh dan terlalu kecewa yang amat sangat. Kita perlu bergerak ke hadapan tanpa perlu berdolak dalik lagi..

Dalam masa yang sama kita mempunyai impian masing-masing.. usah biar orang lain yang hancurkannya... tak kira apa jua halangan kita mesti berdepan dengan berani dan bersungguh-sungguh.. yakin dengan impian kita itu boleh dicapai.. insyaallah masa depan akan lebih mengujakan.. :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.