Smile back then...

Aku masih di sini.. stand still.. with a smile.. a very big smile.. hehe.. aku rs minggu ni paling produktif.. pening tapi hebat.. minggu yg x membosankan.. ini kerana selepas gelombang terhebat melanda terus memberi impak yang amat tak ternilai harganya.. aku rs teramat bertuah masih di sini.. menyaksikan sebuah kehidupan yang seumpamanya pernah aku miliki...

Nak kata aku terlalu pantas tidak juga.. tetapi momentum itu tetap kekal bergetar dan terus menggerakkan apa jua kemahuan yang diingini hati..

Jika aku mahu setia.. maka setialah... jika aku ingin berjaya maka itulah yang akan dicapai.. sejak kecil aku sentiasa praktikkan konsep the law of attraction.. cuma scr tak disedari sehinggalah terbaca mengenainya dari sebuah buku karya Rhonda Bryne.. Manusia mmg mempunyai keupayaan sedemikian jika digunakan dengan betul. Dan sesetengah mengatakan otak manusia ini baru diterokai tak sampai 10%... bayangkan jika kita gunakan sepenuhnya kapasiti otak ini sudah tentu kita mampu mencapai apa jua dlm kehidupan..

Pd masa kecik aku selalu idam banyak perkara.. byk yg tlh tercapai apa yang dihajati.. paling aku ingati adalah masa diajar mak di pejabatnya. Ada bilik pegawai, ada staf, boleh mengarah sesapa sahaja dan waktu itu aku begitu teruja dgn karier mak.

Sehinggalah aku graduate dan tak semena-mena dapat tawaran kerja melimpah.. Orang kata graduan banyak menganggur.. tapi sebaliknya terjadi pada aku.. tawaran kerja mendatang dan paling best aku boleh bertukar-tukar kerja macam menukar baju... sehinggalah aku boleh ada staf bawahan (subordinat) sptmana mak juga. Oh yer.. mak aku PTD M48.. tapi aku x jadilah PTD sbb suka mengelat... haha... better yang jenis tidak terlalu memeningkan kepala udahler...

Sebenarnya ada juga offer kerja graphic designer daripada salah 1 company di Brunei.. kalo aku bujang dh lama balun.. sayangnya terpaksalah jaga family di sini.. hehe.. ada org kata awek brunei cun.. ni mmg kawan nakal yang cuba meracuni pemikiran aku yang berprinsip ini.. keke.. apa-apa pun terima kasihlah.. mungkin rezeki aku lebih senang dgn adanya family di Malaysia tercinta ini..

Bagi akulah, kerja ini spttnya dijadikan 1 passion... maksudnya 1 keghairahan yang teramat mendalam sehingga tak sedar ianya sebuah kerja... misalnya seorg graphic designer dengan Photoshop.. sudah tentu ia ibarat kekasih sedang bercengkerama sambil disaksikan bulan... indahnya dgn kekasih Photoshop itu terlalu mendalam.. menghasilkan byk cinta yang puitis dan dramatis.. hasilnya hebat dan dibayar utk itu..

Hasil grafik dibayar oleh client yang berpuas hati.. sama-sama satisfied.. designer dan juga client.. ia sebuah situasi win-win situation..

Aku dpt rskan semua orang boleh jadi designer... boleh jadi pencinta seni... ibarat beethoven dgn sentuhan violinnya.. mozart dengan pianonya.. menjadikan sst elemen sbg passion sudah tentu hasilnya menakjubkan...

Kerja ?

Ia bukan kerja apabila sudah menjadi passion... sebaliknya menjadi 'makanan' dalam hidup seseorang... Bila tiada makanan maka sukarlah utk hidup.. begitulah music pada pandangan maestro beethoven & mozart.. music adalah bahasa jiwa.. umpama nyawa dan jasad.. tak dapat dipisahkan.. andai dipisah pasti mati...

Namun aku tidaklah 'segila' mereka.. Kita perlu pandai balance antara reality & fantasy... Sekiranya kita terlalu hanyut dlm dunia sendiri maka jadilah spt beethoven yang mati dalam keadaan pekak dan menyesal. Apabila ditarik nikmat pendengarannya maka hasil music beethoven sudah tidak semerdu dulu.. Lalu punya sedih dan kecewa maka arak menjadi teman sehingga menyebabkan hatinya rosak lalu membawa maut yg tragis utk seorang maestro yang hebat di medan 'perang' music...

So pepandailah balance... Usah jadi mcm beethoven..

Manusia ini perlu wasatiah.. Tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.. nak hebat boleh jadi hebat.. tp biarlah hebat di dunia dan juga akhirat.. spttnya kene lebih di akhirat sbb di situlah dunia kekal abadi dan sebenar-benarnya matlamat akhir....

Aku rs cukup panjang tulisan kali ni.. tersenyum sambil teruja di depan laptop baru.. apa yang diimpikan selalu tercapai.. alhamdulillah... akhirnya sebuah impian itu pasti direalisasikan dengan penuh keyakinan... :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.