Teringat kembali nasihat azimat terpenting...

Banyak juga perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini.. aku tak dapat nak menghuraikan semuanya.. yg penting aku dah update PREMIUM RahsiaEbiz dan juga Member RahsiaEbiz sepertimana update terbaru aku di web rasmi RahsiaEbiz.

Setiap hari aku melihat para jutawan siber dunia mencapai kejayaan yang luar biasa. Apakah rahsia mereka memiliki daya momentum usaha yang begitu hebat ? Aku kembali menelusuri nasihat dan artikel daripada mentor yang mana pernah menyebut salah satu quote penting seorang tokoh dunia iaitu :

A wise man will make more opportunities than he finds...
Sir Francis Bacon (1561 - 1626)
Ya.. itulah yang diberikan oleh mentor aku mengenai mencapai kejayaan. Apa yang mendorong mereka mencapai matlamat adalah kerana memiliki motivasi hebat dalam mengejar PELUANG & ruang potensi yang terbentang di depan mata mereka.

Dengan motivasi itulah mereka berani bertindak.. berusaha sepenuh hati dan yakin mampu meraih kejayaan lebih besar daripada apa yang mereka jangkakan.

Aku kembali sedar untuk mempraktikkan apa yang mentor katakan itu. Sikap positif yang menggerakkan hati kita untuk mencapai apa jua yang diingini. Jika kita sentiasa bermotivasi sebegini setiap hari, setiap saat sudah tentulah tidak akan membuang masa walaupun sedetik.

Aku ingin mencapai impian lebih pantas dan hebat tidak lama lagi.. Oleh sebab itu di masa muda inilah masanya berusaha lebih kuat, lebih mantap dan lebih berani berdepan apa jua cabaran !!

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.