Tukar style...

Disebabkan wife bising pasal rambut maka dengan slumber aku cut pendek rambut gaya slope mcm bebudak skola dulu... habis rambut panjang kesayangan aku simpan nih.. hehe.. tak cukup dgn tu aku sikat ke depan pulak siap guna gel.. tiada belah tengah lagi.. wife aku suka dgn style mcm tu.. haha..

Semalam jumpa member lepak2 minum diorang kata aku ni mcm budak lepasan SPM dgn cutting slope pendek gitu.. hahaha.. then pagi ni pulak ada akak yang biasa aku jumpa dia kata aku ni mcm budak 19 tahun yang nakal.. kekeke..

Aduhai.. mcm2 pandangan manusia kan...

Tapi apapun aku membiarkan saja style baru ini sementara menunggu rambut panjang.. aku teringin nak rambut panjang mcm gaya Gil Ofarim.. hehe.. aku dah acap kali rambut pendek ni masa di skola dulu.. aku rasa usia hampiri 30an ini satu petanda positif diorang ingat aku budak belasan tahun... still underage seh.. :p

Aku rasakan bila aku umur 40 tapi jiwa aku mcm 20an.. ini sesuatu yg bagus.. tapi.... aku risau sekiranya umur 40 yg biasa lelaki dikatakan life's start @ 40 itu pasang niat lain.. hoho..

Apapun segalanya berkemungkinan dan kita pun x pasti masa depan mcm mana.. hanya Allah yang tahu.. apa yang pasti skrg ni aku sudah menikmati betapa indahnya usia muda dgn segala nikmat yang ada.. syukur padaNya.. hamdan lillah..

Aku rasa tahun 2009 paling best... sebabnya aku start pindah ke rumah baru, beli banyak barang baru, laptop baru, web baru, gaya baru dan banyak lagilah.. sesuatu yg aku x pernah impikan 10 tahun dulu.. aku rasa masa tu baru masuk matrik UM dan x pk pun pasal umah etc krn dok sibuk pk pasal mengurat gewe klate.. ahakss..

Aku harap mak bapa aku x baca blog ni.. maklumlah anak kesayangan.. hehe..

Tapi apa nak buat.. aku cuma manusia biasa yang x dpt menolak dugaan dunia.. mcm2 berlaku dalam hidup ini dan kita akan dewasa dan matang sepanjang perjalanan ini..

Apa yang aku boleh buat adalah live life to the fullest.. bak kata mafhum hadis.. bekerjalah kamu seolah-olah hidup selama-lamanya dan beribadatlah kamu seolah-olah akan mati esok hari...

Apa yang kita perlu buat adalah mempunyai kesungguhan untuk berjaya iaitu al-falah sama ada di dunia mahupun di akhirat.. jangan dilupa orang susah, jgn dilupa orang tua, jgn lupa tuhan masa senang, dan jangan lupa tggjwb sbg insan dan makhluk..

Walaupun tukar style namun matlamat masih sama... aku tetap aku.. masih punya impian al-Falah.. yang menjadikan aku unik adalah kerana impian... jika tiada impian mustahil aku mampu pergi jauh seperti ini.. mustahil aku mampu bangkit dari rebah tersungkur di masa silam.. dan kini aku masih gagah berdiri.. mampu menghayunkan langkah.. mara ke hadapan.. kerana al-Falah.. :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.