Hidup umpama di medan perang..

Aku rasa cukup terhibur dengan cerita-cerita klasik spt The Assembly, The Gladiator, Tear of The Sun etc.. semuanya mempunyai latarbelakang perjuangan, peperangan dan pengorbanan yang cukup hebat. Ku terfikir sejenak berkaitan dalam hidup ini yang mana cukup bertuah dalam keadaan aman dan berbeza dengan di tempat lain yang kurang bernasib baik. Ini adalah rahmat dan nikmatNya yang tak terkira nilainya..

Namun dalam ketenangan dan keamanan serta keasyikan itu sebenarnya ada juga 'perang' yang tak disedari.. Ia sebenarnya berperang dengan perasaan sendiri dan juga orang lain. Ada yang rebah tersungkur.. ada juga yang masih gagah melangkah walaupun lemah namun masih kekal berdiri di kaki sendiri..

Bagi yang rebah tak terdaya, cedera terluka dan lemah longlai itu akhirnya terpaksa mengalah kerana ketentuan itu sebenarnya telah mencuba sedaya upaya di medan perang ini. Segala kudrat dan tenaga yang telah digunakan sepanjang perjuangan hidup itu akhirnya akur kepada ketentuan Ilahi.. Pasrah..

Bagi yang masih gagah melangkah.. Bangkit walau luka parah.. bertongkat selagi daya.. mereka tetap berjuang di medan perang dan menjadi orang yang paling berani dan gagah perkasa daripada terpaksa mati dlm keadaan menyerah kalah.. Pantang berundur.. dengan kesabaran, kegigihan dan semangat membara tidak terpadam walau sedalam mana luka yang berdarah di badan.. Jika musuh dan cabaran mendatang, tetap berani berlawan hatta terpaksa merangkak, bertongkat maupun mengengsot..

Kamikaze.. berani mati.. berani hidup.. semangat jihad itu sebenarnya yang menjadikan seseorang berprinsip dan dikenang sepanjang hayat. Begitu juga kata-kata hikmat Pahlawan Kanang Anak Langkau berperang dengan komunis walau tertembak 3 kali.. Agi Idop Agi Ngelaban ! ... selagi hidup selagi itulah teruskan berjuang...

Dalam hidup ini, kita sering terlupa, tertipu dan terbuai dengan nikmat2 dunia yang sementara cuma ini. Kita mudah menyerahkalah pada cubaan, dugaan dan cabaran mendatang. Kita membataskan diri, merendahkan martabat, melanggar prinsip sejati, menafikan kebenaran dan menegakkan benang basah..

Adakah kita ini hidup dalam keadaan yang begitu hina dan tidak bermaruah ?

Oleh itu saudara saudari, usah lupa pada hakikat kejadian manusia di dunia ini. Usah ngelat dan lupa pada tanggungjawab insan dan hamba tuhan.. Kita semua pasti mati, dan adakah kita semudah itu untuk menyerahkalah pada perjuangan ini tanpa mencuba..?

Ramai yang mahu melarikan diri.. escapism.. dengan anggapan boleh melupakan masalah.. ia sebenarnya umpama melarikan diri dari medan perang.. akhirnya ia memakan diri.. maruah tercalar, terhina dan lebih teruk dari mereka yang rebah tersungkur di medan perang...

Sedar.. bangkit.. bangun dari lena dan keasyikan.. usah alpa.. di hadapan masih ada cabaran menanti.. musuh sentiasa berkeliaran.. syaitan masih bermaharajalela.. andai engkau insan yang terakhir di medan perang.. teruskanlah berjuang dengan berani.. usah undur.. beranikan hati.. kuatkan semangat... mujahadatun nafs.. biar musuh gentar dengan kecekalanmu itu, kelak syahid menanti dan di syurga indah itu adalah sebenar-benarnya kehidupan abadi.. bukan di dunia ini.. tetapi di syurga itu adalah gantian terbaik kekal selama-lamanya... nikmat tak terkira.. dan sebab itulah kita wajib pertahankan prinsip perjuangan yang benar.. utk mengecapi syurga.. balasan yang terhebat.. berbaloi berjuang keranaNya...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.