Busy tapi bebas...

Sejak akhir-akhir ini aku sudah mula busy.. team aku bergerak pantas.. dan aku sendiri pula sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual..

Hangat dan mendebarkan...

Namun itulah adat resam tahunan aku, di bulan Ramadhan yang berkat ini semakin banyak cabaran dan peluang dinikmati.. hati mau kuat.. berani dan gagah.. so far aku sudah melepasi batasan limit aku sendiri.. hehe.. aku suka mencabar diri sendiri..

Ya, segala ujian dan dugaan aku alami ini tidak sptmana mereka berumur mcm aku.

Maybe semua orang unik dan eksklusif. Pengalaman lalu telah mendewasakan pemikiran dan hati. Aku tidak mudah putus asa... Satu perangai yang diwarisi daripada bapa.. emm. kalo diceritakan ttg kehebatan bapa yang telah membesarkan aku ini sudah tentu ia mengagumkan..

Bagaimana bapa memenangi hati 2 wanita dalam hidupnya.. itu masih aku tertanya-tanya bagaimana dia melakukannya.. mmg luarbiasa. Dan sehingga kini sejarah kejayaan bapa dari Malaysia sehingga bersama company gergasi Korea Daewoo dan Hyundai juga menjadi bukti bukan calang-calang orang. Beliau adalah hero.. seorang pahlawan gagah.. pejuang yang x kenal erti kalah..

Jika nak dibandingkan aku dan bapa mmg begitu jauh sekali pencapaiannya.. aku memahami family adalah segala-galanya.. namun di sini aku memberi peluang yang terlalu besar.. pengorbanan yang harganya terlalu mahal.. andai aku mampu menyelamatkan seorang insan adalah lebih baik daripada membiarkannya terkapai-kapai di dalam dunianya yang penuh cubaan..

Begitu juga dengan pengembaraan ini, aku bosan dengan 1 kerja sahaja.. terus terang.. aku memerlukan cabaran untuk terus hidup.. jika terlalu berada di dalam comfort zone ia akan menghancurkan diri sendiri...

Aku ingin terus berkelana dalam dunia seni di samping melihat rencah hidup manusia yang serba serbi ini.. Apabila jauh berjalan maka semakin matang pengalaman..

Aku telah melihat gelagat orang.. aku bandingkan kesannya.. aku lihat dan tafsir sendiri dengan ilmu dan pengalaman.. usah dibiarkan dunia ini menghancurkan fitrah diri.. kembali meneliti ilmu wahyu iaitu alquran dan hadis.. kita mmg punya kelemahan.. oleh itu saling ingat-mengingati dan pesan memesan ke arah kebaikan...

Dalam masa yang sama melihat kebahagiaan itu dari perspektif yang lebih adil. Sptmana nafsu mutmainnah.. nafsu yg tenang itu tidak takjub dan fanatik dengan keduniaan.. sebaliknya mengimbanginya utk akhirat yang lebih kekal abadi.

Aku cuba memahami ini dari kacamata para alim ulama.. belajar sesuatu dari mereka.. sbb anehnya wajah2 mereka itu tenang dan damai.. dunia tidak merubah dan menggugah ketenangan hati mereka yang ikhlas padaNya...

Aku ingin bebas.. dan maksud bebas itu sptmana wasatiah.. tidak lebih dan tidak kurang.. pakai dan makan seadanya.. tidak perlu menempah nama dan susah.. tidak perlu rasa susah kerana dunia.. sebaliknya rasa mudah kerana akhirat.. kena fahami ini.. dunia akan musnah dan yang tinggal hanyalah akhirat.. buat apa perlu cari dunia semewah itu jika kita tinggalkan akhirat yang kekal abadi itu ?

Skrg ni kejar kesederhanaan.. manfaatnya lebih baik.. aku tahu bagaimana mahu melakukannya.. hanya tiru para alim ulama.. para ustaz ustazah.. yang lebih alim mengenai akhirat..

Kita sebenarnya perlu bebas dari belenggu dunia dan mula kejar ganjaran syurga abadi.. tak sabarku menanti Ramadhan.. moga kali ini beroleh keuntungan dariNya.. ameen...

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.