Some touch of madness...

There is no great genius without some touch of madness... ~ Seneca, Roman Philosopher
Aku dah mula percaya pada quote nih... mcm Dr House seiras watak Sherlock Holmes. Juga pada Albert Einstein, Isaac Newton, Beethoven, Mozart, Alexander Graham Bell dan begitu juga tokoh-tokoh lain yang terlalu banyak kualiti 'madness' yang berbeza dengan manusia biasa yang lain.

Sedikit sentuhan gila ini sebenarnya membawa hasil yang 'gila' juga. Namun bukan segila yang pernah kita tanggapi. Ia sebenarnya perspektif berbeza. Ada orang gila kuasa, gila harta, gila wanita dan gila takhta. Namun banyak juga yang gila dalam ertikata 'passion' itu sendiri sehingga membawa penemuan terhebat.

Aku tidaklah membawa gila yang negatif. Apa yang penting kita perlu jadi luarbiasa... kerana luarbiasa inilah yang sebenarnya kelebihan dan keunikannya tersendiri.

Ramai ahli perniagaan di dunia ini gila... tak percaya ?

Cuba tanya Bill Gates, Steve Jobs, Paul Allen, Warren Buffet apa yang luarbiasanya mereka ini sehingga mempunyai kekayaan terbesar dunia...

Bukankah mereka ini luarbiasa ?

Atau sekadar hidup biasa-biasa sahaja ? setiap hari lepak minum kopi sambil melihat dunia tanpa melakukan apa-apa yang besar.

Manakala tokoh hebat mempunyai ciri-ciri gila kerja, gila risiko, gila kejayaan dan gilakan impian...

Ini ciri-ciri orang luarbiasa. Mana mungkin orang waras mahu bekerja tanpa henti. atau sekadar cukup makan... hujung bulan dapat gaji... atau dapat gaji sudah habis bayar hutang...

Itulah kebiasaan orang kita... tiada apa-apa yang boleh jadi luarbiasa kerana impian yang berbeza.. cara kerja yang berlainan dan juga attitude juga tidak luarbiasa lagi...

Dalam hidup ini.. sekali sahaja di dunia.. usah disia-siakan umur ini menjadi orang biasa sahaja. Kita perlu mencipta sesuatu yang luarbiasa utk ummat. Tidak semestinya jadi kuli itu akan jadi kuli selamanya... tak semestinya kegagalan yang dihadapi itu akan menghantui selamanya.. tidak semestinya juga yang di bawah akan berada di bawahan selamanya.. dan tidak juga yang buruk, teruk, sedih dan kecewa terus menjadi teman kita selamanya...

Seperti juga langit mendung pasti cerah.. siang akan bertemu juga malam... bulan dan bintang pasti menyinar... yang pentingnya utk terus menjadi luarbiasa.. tanpa digugah keyakinan.. tanpa terganggu gugat kepercayaan.. impian tetap menjadi impian.. kejarnya umpama kekasih hati yang penuh rindu.. sukar dilepas dan berjauhan walau sesaat...

Aku bukan sahaja gilakan impian kejayaan... malah tertanam di dalam lubuk hati.. mendalam... yakin dan percaya aku ini luarbiasa hebat... Laqad Khalaqnal Insana fi ahsani Takwim... sesungguhnya Kami telah ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian...

Bersyukur dan berusaha untuk menjadi luarbiasa. Sudah tentu hasilnya juga luarbiasa hebat.. :)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.