Selamat datang 1431H & 2010M...

Akhirnya tiba jua 1431 Hijrah dan 2010 Masihi.. masa berlalu pergi dan aku masih di sini menelusuri bilahan hari-hari. Azam baru ? aku ada beberapa 'unfinished business' yang perlukan perhatian. Namun dah setting dari awal lagi semua ini perlukan kekuatan yang hebat. Hanya Allah yang merupakan sumber segala kekuatan paling ampuh tiada galang gantinya.

Walaupun berlaku insiden yang tak diduga.. sehinggakan ramai yang menerpa dari segenap penjuru.. aku masih cekal dan tabah hadapi ini sptmana hari-hari yang mendatang. Apabila kita diuji, bersabarlah.. kenkadang ada hikmahnya.. aku masih mencari erti kehidupan yg sebenarnya..

Nak salahkan siapa lagi jika bukan diri sendiri.. mungkin aku terlalu lembut dan lembik.. mungkin aku juga diuji supaya kembali ke jalan yang benar.. kembali mengingati tuhan.. jalan pulang ku temuinya kini sungguh menginsafkan..

Bimbinglah daku tuhan..

Tahun 2010 inilah menjadikan diri aku lebih tabah hadapi segalanya.. umpama 2004.. dunia ini semakin sempit namun Allah memberi ruang untuk kembali bernafas segar.. malah aku mampu berdiri kembali walau rebah tersungkur.. kerana aku tahu untuk bangun.. bangkit dan tersenyum kembali.. inilah kehidupan..

Segala perancangan rapi telah dibuat sejak awal lagi.. just follow the path.. adakalanya kita terpaksa hadapi segala kepahitan untuk menghargai kembali segala kemanisan dalam hidup.. Aku tahu ini.. hanya dalam bicara sepiku denganNya..

Siapalah kita tanpaNya ?

Jika hanyut dengan dunia.. leka dan alpa.. suatu hari nanti Allah akan uji kembali dengan menarik segala nikmatnya.. itulah yang dipohon ampun istighfar moga kita dilindungi dari segala mara bahaya..

Aku cumalah insan biasa.. takut dan gentar denganNya.. takutlah pada Allah kerana Dia lah menciptakan kita.. apa guna kecantikan, kemewahan, kekayaan, kemahsyuran jika tidak diberkatiNya.. suatu masa kita akan ditarik kembali kepadaNya.. ditanam di bumi menjadi debu.. roh diangkat dan kita berdepan dengan mahkamah akhirat yang paling adil.

Orang yang bongkak di dunia menjadi lesu.. orang yang menyalahgunakan kecantikannya menjadi muram.. orang yang bermaharajalela di dunia menjadi lumpuh.. mulut ditutup, tangan, kaki, mata mula berbicara.. mendedahkan report kepada Allahu Rabbul Izzati..

Takutlah padaNya.. dunia ni hanya menipu daya..

Ku harapkan belas ehsan dariNya.. Moga dibimbing kembali ke jalan yang benar.. moga aku pulang ke pangkuan redhaNya...

My Birthday... 2 Dec 2009 !

Another great chapter in my life... :)

Bertuah rasanya bila mengetahui banyak misteri alam.. ia menjadikan aku lebih focus dan mengagumi besarnya rahmat & kuasa Ilahi pencipta alam.

Aku dilahirkan ke dunia dengan kehendak Ilahi.. Segala sumber adalah dariNya.. bertuah diberi ruang & peluang hidup di dunia.. aku belajar memanfaatkan segala peluang yang ada untuk berbakti & berjuang di jalanNya..

Kini umurku sudah menginjak kepada 28 tahun.. rasanya terlalu pantas masa berlalu.. ada masa jatuh ada masa bangun.. ada masa gagal dan ada masa berjaya.. kini bangkit untuk menggapai impian dan cita-cita yang diimpikan.

Alhamdulillah.. aku mula meneroka dunia alam minda dengan lebih mendalam.. penemuannya begitu menakjubkan. Ia merupakan transisi perubahan yang begitu besar sekali. Meneroka alam alpha seumpama misteri yang cukup unik & istimewa. Walhal kita menggunakan anugerah tuhan ini sejak lahir lagi.

Sempena birthday aku ini, berazam untuk jadi lebih baik dan sempurna. Semakin tua semakin matang dan semakin tenang.. Memanfaatkan ilmu minda untuk kejayaan masa depan. Insyaallah aku sudah tanamkan benih kejayaan dalam minda separa sedar untuk mengorak langkah hebat dalam mengejar impian. Sebagai permulaan tahun baru 2010, aku akan mempelajari ilmu kuasa minda ini daripada sifu 'mentalist' yang berpengalaman selama 20 tahun. Membuka segala 'rahsia' potensi yang ada di minda ini untuk manfaat sejagat. Aku percaya mampu melakukannya...

Dalam waktu ini, sebagai permulaan aku cuba teroka sendiri alam alpha ini dengan bertafakur diiringi bunyi alam sebagai terapi... di dalam hati diselami zikir yang mengagungkan kuasa pencipta alam.. ia begitu sinergi.. setiap hari rasa lebih sihat dan tenang.. Aku percaya dapat menyingkirkan tenaga negatif dan menghiasi minda & jasad dengan energi aura positif.

Pengalaman pertama ia sungguh menakjubkan.. aku ingin mendalaminya lagi dengan sifu 'the mentalist' ini dalam bulan januari 2010... menunggu penuh sabar dan bersiap sedia untuk menerima aura positif yang terbesar dalam hidup...

Moga aku dikurniakan umur yang berkat.. dimurahkan rezeki.. dan diberi kemudahan untuk berjuang di jalanNya... ameen.. :)