Iron Man 2 : Movie yang mengagumkan...


Akhirnya berjaya juga aku tengok Iron Man 2 ini walau terpaksa pergi tengok sensorang di tengah-tengah malam buta di GSC Summit USJ.. hehe.. Apapun aku dah set dalam minda bahawa selain Transformers 2 movie yang patut ditonton adalah Avatar dan Iron Man 2...

Bagi aku yang minat teknologi moden ini mmg teruja melihat equipment Tony Starks dalam workstationnya... Teringin juga nak dapat mcm tu.. hehe...

Apapun plot ceritanya yang ego dan kelakar merupakan resepi terbaik dalam Iron Man 2 ini.. Tony Starks didakwa memiliki senjata yang merbahaya, namun beliau secara sinis menyindir bahawa suite nya itu adalah baju perisai dan meneutralkan keamanan dunia.

Apapun Tony Starks mula menjadi hot selebriti yang lebih hebat daripada sesiapa pun dengan munculnya Starks Expo yang merupakan event terbesar dalam pameran inovasi senjata terbaik di seluruh dunia. Mcm biasalah gayanya yang megah dan segala bagainya itu merupakan identitinya.

Sehinggalah muncul musuh Ivan yang mencipta sumber kuasa yang sama dengan Tony Stark buat di dadanya itu.. Rupanya ciptaan sumber kuasa itu adalah kerjasama Ayah tony dahulu dengan saintis Russia dan anak kepada saintis (Ivan vanko) itu berikrar sumpah utk mengembalikan hak ayahnya itu kepada yang sepatutnya..

Ivan Vanko penuh dengan sifat kebencian pada tony stark, badannya penuh tattoo.. namun seorang yang gigih bekerja mcm tony starks... apabila sudah mencipta sumber kuasa yang sama dengan Iron Man dia menggabungkan dengan senjata dawai cemeti elektrik menjadikannya lebih drastik. Dgn teknologi hampir sama itu dia telah memusnahkan byk kereta F1 di litar Monaco yang mana Tony Starks turut berlumba dalam tu. Cuma nasib baik Tony bawa portable suite Iron Man dalam beg dan bertindak mengalahkan Ivan Vanko dalam keadaan yang cukup genting.

Ok, jalan ceritanya mmg penuh debaran... aku nak cerita pun susah sbb panjang sgt.. apapun selepas itu tony starks berdepan dengan cabaran keracunan paladium di dadanya dan berusaha mendapatkan unsur baru menggantikannya dengan terjumpa idea bapanya sejak 20 tahun dalam sampel mini city Starks..

Ia menjadi lebih menarik bila ada wanita yang jadi CEO Starks Company.. Pepperpotts jadi CEO manakala agen Natalie Rushman menjadi PA pepperpotts yang cukup hot... mmg selepas itu korang tgk lah sendiri yer..

Sampai pesaing Tony Starks dari Hammer Industries mengambil peluang merekrut Ivan Vanko menjadi pembangun utama teknologi dron iron man.. byk dron ala2 iron man ni tapi kuasa sumber tenaganya bukan mcm di dada Tony Starks.. dron itu mcm robot biasa yang punya senjata tembakan konvensional.


Part paling happening semasa pertarungan byk robot iron man.. Colonel James Rhodes dah ada suite iron man ini, cuma dimodifikasi oleh Hammer Industries secara remote control oleh Ivan Vanko. Mmg gila pertarungan sesama Iron Man ini... Klimaksnya bila suite Iron Man Tony dan Colonel kembali bersatu menentang suite canggih Ivan Vanko yang berkuasa dawai cemeti elektrik..

Oklah, kesudahannya korang tgk sendirilah ye.. hehe...

Bagi aku berbaloi tengok mcm Transformers 2 dulu... apapun lepas ini aku kene focus bisnes dan career.. seronok enjoy dan kene seronok bekerja... hehe.. hidup ni kene balance.. pepandailah nak jaga dan sentiasa berfikiran positif selalu untuk terus hidup dengan maju jaya...

Banyak juga yang dapat aku belajar dengan movie Iron Man 2 ini.. mmg kesungguhan dan kecekalan Tony Starks serta Ivan Vanko membuatkan aku sedar bahawa untuk mencipta sesuatu yang hebat memerlukan kesabaran dan usaha tanpa henti. Dalam masa yang sama teknologi dapat membantu hidup manusia lebih baik dalam ertikata yang lain jika digunakan dengan betul.

Elemen jenaka dan lawak dalam Iron Man 2 ini semakin ketara.. dan ia mmg berjaya membuatkan penonton gelak besar.. di akhir cerita ini, kitorang tepuk tangan dan puas hati sebelum meninggalkan dewan THX GSC... masing2 tersenyum dan puas hati...

Jam sudah 2.30am... aku terus racing dari subang ke sentul utk balik berehat... sebelum tu pekena nasi goreng ayam di bt caves.. hehe... :) malam yang paling aneh dan menyeronokkan buat kali pertama selepas PP2.0 ... pepun hidup perlu diteruskan.. masih banyak cabaran utk kita alami demi kejayaan masa depan...

:)

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.