5 Disiplin Usahawan Sejati !


Di sini saya nak share beberapa tip daripada mentor jutawan yang saya kenali dalam sepanjang bersama dengan mereka. Antara intipati kejayaan mereka ini saya ringkaskan kepada 5 perkara yang tiada di ajar di mana-mana fakulti perniagaan universiti konvensional. Inilah yang dikatakan sebagai "keberkatan" yang perlu difahami oleh semua saudagar Islam hari ini.

1. Istilah panggilan kejayaan di dalam azan iaitu hayya alas solah perlu difahami dengan sepenuhnya. Ibadah solat perlu dijaga dengan baik. Jika suruhan ALLAH ditunaikan maka tidak jadi masalah untuk menunaikan hak pelanggan. Bila hak pelanggan telah dijamin inshaALLAH bisnes perniagaan kita akan diberkati dan dirahmatiNya.

2. Bangun awal dan bekerja bersungguh-sungguh. Itu tandanya menghargai masa dan tidak membazirkan keupayaan diri di masa muda maupun tua. Ada yang jenis bangun lambat maka rezekinya pun lambat dan kalau boleh bangun awal untuk uruskan perjalanan hidup seharian lebih sempurna.

3. Istiqomah dan fokus pada matlamat hidup dari segi short, mid & long term strategy. Huraian ringkas short term (lean startup) , mid term (expanding business) dan long term (Akhirat). Bila matlamat jelas maka ia akan lebih cekap, efisien dan tak banyak songeh dengan perkara yang tidak penting.

4. Mujahadatun Nafs (self-control) yang tinggi. Apabila mampu untuk menguasai diri minda maupun hati maka insan itulah yang paling kuat dan tidak mampu diganggu gugat oleh gangguan luaran dan dalaman. Usahawan yang mempunyai daya kawalan tinggi sebegini seumpama saudagar jutawan Abd Rahman Bin Auf yang tidak mengikut hawa nafsu Qarun sebaliknya menyumbang bakti sedeqah tanpa batasan sepanjang awal kebangkitan Islam. Salah seorang mentor saya ada highlight tentang "menangguhkan kepuasan" dan inilah self-control method yang boleh dipraktiskan.

5. Bersyukur setiap saat. Ini kerana setiap saat adalah anugerah yang tidak ternilai dan tak mampu dibayar dengan berbillion wang ringgit sekalipun. 1 saat mata kita terbuka dan melihat alam mampukah dibayar dengan duit ? 1 saat telinga kita mendengar bunyi mampukah dibayar dengan duit ? 1 saat tangan kita merasainya dunia mampukah kita membayarnya dengan duit ?

Kata kuncinya adalah BERSYUKUR. Kerana dengan syukur itulah ALLAH akan gandakan kurniaanNya.

Mudah bukan ?

ALHAMDULILLAH








★★★★★★★★

 Antara sumber terbaik dari Internet :


 ★★★★★★★★

Tiada ulasan

Leave a Reply