Genggam Impianmu Setinggi Langit !


Tika masih kecil kita ada banyak impian, adakalanya ia mengasyikkan dan membawa kita ke daerah yang penuh warna warni. Senyum dan gembira itulah 'khazanah' pemikiran hebat kita semasa kecil. Dan bila dewasa kita seolah-olah melupakan dunia impian itu.

Imaginasi semasa kecil jauh lebih hebat daripada dewasa. Kerana minda itu dalam revolusi perkembangan yang tiada batasan. Tidak terpengaruh dengan anasir ketakutan, fobia maupun apa jua negativity. Sebab itulah kita harus mencari semula ruang yang ALLAH kurniakan itu sejak fitrah lagi.

Kata kuncinya BERANI.

Ada orang sanggup lakukan apa saja untuk berjaya. Ada yang tiada kaki boleh berjalan malah mendaki gunung. Ada yang tiada penglihatan tapi boleh dapat PhD. Ada yang tiada apa-apa kelulusan ijazah tapi masih mampu untuk berjaya menjadi billionaire. Setiap orang yang berbeza hidupnya ada kelebihannya.

Adakah kita BERANI seperti mereka ?

Begitu juga IMPIAN yang pastinya dicapai bila ada keberanian yang jitu. Namun tak semua orang berjaya hadapi ketakutan. Antaranya ialah masih kerja makan gaji kerana tak percaya kekuatan pada diri sendiri. Sememangnya dulu saya pun begitu juga, namun selepas resign gov pada tahun 2010 barulah saya sedar bahawa begitu mudahnya untuk berjaya lebih baik. Sampaikan saya tepuk dahi mengapalah tidak resign awal-awal lagi. Masa tu umur dah 29 tahun dan masih meneruskan hidup sampai sekarang walaupun tak pernah menyesal jawatan tetap berpencen tersebut dan orang kata memang sayalah paling agak gila resign dengan 24 jam notis serta sebulan cek gaji.

BERANI ?

Inilah keberanian yang benar-benar menggugah jiwa. Akhirnya keberanian inilah yang menjadikan kita dewasa dan matang kerana bergantung harap bukan kerana gaji setiap bulan. Tetapi BERANI kerana kita benar-benar bertawakal dengan ALLAH Ta'ala..... ♥ لا حول ولاقوة إلا بالله

Namun tiada gentar kerana IMPIAN itu lebih indah. Jika kita takut atau tergugah, hanya dengan mengingati ALLAH hati kan lebih tenang dan jika kita tak kejar IMPIAN sebelum menghembuskan nafas terakhir menyebabkan kita telah mensia-siakan potensi diri yang ALLAH kurniakan sejak lahir lagi.

Oleh itu usah buang masa lagi.

Kita mampu melakukan yang terbaik dalam hidup. Usah berputus asa mengejar impianmu setinggi langit !


 ★★★★★★★★

 Antara sumber terbaik dari Internet :


  ★★★★★★★★

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.