★ Tip Motivasi Terbaik Untuk Usahawan !


Terima kasih kerana masih bersama kami di sini dan nak share beberapa tip motivasi bagi usahawan kita. Lepas raya semestinya nak boost up motivasi kita supaya bisnes lebih kencang hebat dan dahsyat.

Ok di sini saya share 3 tip motivasi untuk usahawan yang saya compile daripada para mentor NLP hebat dunia.

1. Memori Positif Sebelum Tidur.
Sebelum tidur kita 'clearkan' minda untuk hadapi hari esok dengan positive. Apabila kita ready dengan doa, harapan dan impian hebat kita maka sel- sel tubuh badan replicate baru memori yang positive untuk proses pemulihan. Ia memberi kekuatan dalaman untuk menempuhi hidup baru bila bangun tidur.

Amalkan setiap hari, dan inshaALLAH perubahan baik pasti berlaku !


2. Pemakanan & Gaya Hidup Seimbang
Banyak orang masa raya ini bantai makan tak ingat dunia. Ini merbahaya sebenarnya. Setelah sebulan proses puasa sebenarnya perut berehat dan badan sedang kembali restart fungsinya.

Dalam proses restart ini eloklah warming up dengan sederhana. Jaga pemakanan secara organik maksudnya tak perlu bahan kimia, pewarna, pemanis, maupun lain-lain bahan toksik.

Banyakkan makan cereal, susu kambing dan buah-buahan. Bagi yang ada sakit itu segera cari solusi dengan homeopathy dan elakkan drugs atau lain-lain rawatan yang tidak islamik. Puasa 6 di bulan syawal juga bagus.
Ia mendisiplinkan kita untuk pemakanan dan gaya hidup seimbang. Bila jasmani sihat maka minda pun akan sihat. Kita akan mudah buat keputusan genius di dalam business lebih rasional dan praktikal.


3. Banyakkan membaca ilmu baru
Ok ini part penting motivasi yang saya perlu share. Jika nak berjaya kita harus banyakkan membaca.

Cuba tanya diri kita.

Sebulan berapa banyak buku yang kita baca ? Sebulan berapa kali jumpa mentor, sifu atau mana-mana seminar, bengkel coaching ? Jika tiada, itu memang masalah besar. Ini kerana 90% kapasiti otak kita masih belum diteroka.

Jika nak teroka minda lebih hebat boleh segera tanya sahabat saya Emmy Nathasia yang juga penulis Tip Motivasi yang menghuraikan rahsia teknik NLP dan Psychology terbaik dunia. Sudah ramai orang telah memiliki
ilmu Tip Motivasi ini termasuklah daripada Brunei, Singapore dan Indonesia.

Moga kita tak terlambat untuk mengorek rahsia-rahsia motivasi jutawan pada kali ini. Sekian dulu dari saya, diharapkan 3 tip motivasi ini dapat membantu kita untuk menjana hidup yang lebih positif dan bisnes menguntungkan.

Boleh sebarkan tip ini untuk manfaat yang lain.

" The More U Give, The More U Get Back "


 ★★★★★★★★

 Antara sumber terbaik dari Internet :


  ★★★★★★★★

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.