Selamat Tinggal Kegagalan, Selamat Datang Kejayaan !


Baru sahaja balik daripada majlis resepsi sahabat di manjalara kepong dan sempat beramah mesra dengan mentor saya al-Fadhil Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan senyuman beliau sebenarnya menenangkan jiwa saya yang sedikit resah.

Ianya bukan pasal duit atau pangkat maupun apa jua bentuk material. Anehnya ia umpama bateri yang lemah telah full charge bila mana kita berjumpa para alim ulama dan mereka yang berilmu pengetahuan lebih daripada kita.

Inilah yang dikatakan 'ruang kosong' yang sedia wujud dalam diri kita sebenarnya perlu 'diisi' dengan hikmah ilmu dan menumpang 'keberkatan' yang telah ALLAH berikan kepada insan yang terpilih. Umpama berkawan dengan penjual minyak wangi, maka tempiasnya juga kita terkena. Oleh sebab itu kita dekatilah mereka yang telah berjaya dan mempunyai ilmu untuk mengisi 'kekosongan' yang ada dalam hidup.

Ucapkan selamat tinggal 'diri' yang lama, 'diri' yang terlalu pesimis maupun negatif terhadap 'diri' sendiri. Ucapkan selamat datang kepada 'diri' yang baharu. Yang lebih cantik. Yang lebih ceria. Kerana kejayaan akan hadir dengan sepenuh hati.

Umpama 'doa' terhadap 'diri' sendiri. 

Jika kita doakan yang terbaik dalam diri, bergetarlah seluruh 'zarah' yang wujud dengan izinNya. Getaran itulah getaran positif yang ALLAH izinkan untuk bergerak, maju dan mara kehadapan.

Kejayaan akan hadir dengan sepenuh hati dan bukan separuh hati. Kita wajib menyakini kekuasaanNya dan yakin bahawa sudah dikurniakan yang terbaik daripadaNya. Dengan akal minda yang baik dan badan jasmani yang sihat maka itulah anugerah ALLAH yang wajar disyukuri.

Alhamdulillah... Ucapkanlah kesyukuran ini sepanjang masa.

Kerana ALLAH akan gandakan nikmatNya tak berbelah bahagi. 

Ucapkan selamat datang kepada kejayaan.

Kerana dengan sepenuh hati, barulah kita akan yakin kemenangan sebenarnya semakin hampir dengan kita.

♥♥♥

Fahmy Adam



★★★★★★★★

Antara sumber terbaik dari Internet :

1. Koleksi Logo & Wordpress Theme
2. Rahsia Jutawan Ebook Digital
3. Professional Branding & Coaching
4. Download Movie Tanpa Batasan !

★★★★★★★★

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.