Kenapa Orang Lain Boleh Berjaya dan Kita Gagal ?


Ramai orang tanya kenapa tak berjaya dalam bisnes walaupun sudah 10 tahun buat bisnes ? Ada pula yang kata sudah nasib bertahun-tahun buat bisnes masih belum benar-benar melepaskan belenggu daripada hutang atau masih di takuk lama. Ada juga yang kata saya dah masuk beratus class dan macam-macam teknik yang saya belajar semuanya tak beberapa nak berjaya. Sedangkan orang lain sudah pun berjaya dan kita masih belum nampak sinar cerah kejayaan di hadapan. Soalan ini sampai saya kena buat FAQ supaya sebelum masuk class atau apa jua program saya kena make sure buat TO-DO-LIST gaya para jutawan lain yang buat. Ini supaya dapat manfaat semua untuk para usahawan di luar sana.

1. Kejayaan bermula dari hati. Inilah yang saya tekankan setiap masa. Jika kita masih buat bisnes atau apa jua aspek hidup hanya sekadar 'separuh' atau 'main-main' sahaja sudah tentu hasilnya juga separuh dan main-main. Cuba tanya diri, kalau kita kenal awek cun melecun dan 'terjatuh hati' dengannya serta berhasrat nak tekel dia sebagai kekasih adakah anda akan berusaha memenanginya dengan separuh hati atau sekadar acuh tak acuh ? Atau lebih menyedihkan membiarkan awek itu direbut oleh orang lain ? Cubalah rasa derita itu nanti menghantui hidup kerana kita sekadar 'separuh hati' dan terlepas peluang yang ada di depan mata. Seharusnya bila kita nak berjaya maka peranan 'passion' atau nyalarasa hati itu mesti hebat setiap masa. Bahkan bila tidur pun termimpi-mimpi kejayaan dan bila bangun rasa begitu 'bertenaga' untuk mencapai impian di hati. Kita boleh 'nilai' tahap hati kita terhadap kejayaan. Lagi besar rasa hati untuk berjaya lagi besarlah kejayaan itu akan hadir.

2. Kejayaan hadir dengan TINDAKAN. Syukur alhamdulillah kerana para peserta NAGA sebelum ini telah berjaya dengan hebat hasil tindakan (action) praktis kesemua ilmu NAGA untuk mencipta kejayaan lebih efektif. Ada yang dah berjaya cipta sales 7 angka dan ada pula yang train beribu lagi usahawan baru kita. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa kalian dengan mengembangkan ilmu NAGA ini kepada yang benar-benar nak berjaya. Kepada yang sudah belajar ilmu NAGA maka buatlah TINDAKAN (action) janganlah pula buat labu peram selepas belajar. Ini satu sabotaj terhadap diri sendiri. Saya begitu mengharapkan anda berjaya dengan TINDAKAN yang konsisten, istiqomah dan tidak putus asa. Kita harus berani untuk melakukan yang terbaik. Inilah prasyarat kejayaan. Just do it !

3. Kejayaan lebih mudah dengan DOA. Setelah kita berusaha gigih dengan tindakan yang hebat maka berdoa dan bertawakal pada ALLAH. Ini kerana hanya ALLAH yang berikan kejayaan kepada kita. Bukan makhluk. Apa yang ALLAH beri di dalam dunia ini hanyalah 'ujian' buat kita. Ada orang yang tidak percaya kuasa Tuhan, dan anggap semua kejayaan itu hadir kerana usahanya sendiri. Nauzubillah... Ini semua perlu dijaga dan diperhati baik-baik jangan sampai menjadi hamba yang takbur seperti Qarun yang ditelan bumi. Biarlah kita berjaya dan kaya dengan berkat doa yang ikhlas inshaALLAH murah rezeki dan pintu kejayaan semakin jelas di hadapan dengan amalkan ayat seribu dinar :


Moga ketiga-tiga tip di atas dapat membantu anda semua mencapai kejayaan dengan cara yang diberkati dan dirahmatiNya. Perumpamaan yang boleh kita hayati :

“Beribadahlah sekuat tenaga seolah engkau mati esok, dan bekerjalah untuk dunia seolah engkau akan hidup selamanya, seandainya hari ini belum berhasil apa yang kita inginkan, usah terlalu bersedih kerana masih ada masa untuk berusaha lebih baik tanpa berputus asa dengan rahmat Allah yang tiada terhitung banyaknya..."

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.