3 Cara Mengatasi Krisis Ekonomi


Ramai yang risau dengan persepsi krisis ekonomi 2015 dan dijangka kembali seperti tahun 1997/98 dan saya ini rasa adalah anggapan yang silap besar. Negara kita bukan seperti kondisi tahun 1997/98 lagi kerana situasi 'free float currency' menyebabkan krisis besar dan kini kita dalam kondisi 'managed float' oleh BNM membolehkan kita mengurus ekonomi lebih stabil.

Walau apapun masa depan kita bukanlah Tuhan untuk menentukan segala-galanya. Adalah salah untuk claim kita mengetahui dengan tepat apa yang akan berlaku pada 2015. Tapi kita perlu urus kewangan diri dengan smart.

Antaranya ialah dengan adanya 'Risk Management' setiap masa, minggu, bulanan dan tahunan. Ada perancangan short, mid & long term strategy. Malah dalam risk management ada juga pengurusan hutang (debt management). Cara paling selamat adalah kurangkan hutang dan banyakkan simpanan.

Dalam apa jua krisis ekonomi jika lakukan 3 perkara ini maka akan selamat. Ianya adalah :

1. HAVE GOOD FAITH
Yakin dan Percaya dengan ALLAH itulah paling penting daripada segala-galanya. Ramai orang bertawakal dengan duit maka ia menjadi hamba kepada duit. Usah begitu sebaliknya kita menjadi hamba ALLAH dan percaya dengan kuasaNya akan mampu mengubah hidup kita lebih positif.

Firman Allah s.w.t.: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, pasti akan ditunjuki kepada mereka jalan keluar. Dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka Allah akan mencukupi baginya”. 
(At-Talaq:2-3)

Bila yakin dan percaya dengan ALLAH maka kita akan semakin jelas (clarity). Clarity is the power that can lead us to better life. Jangan panik, kerana ia boleh membawa kepada malapetaka. Oleh itu kita wajar mempunyai 'faith' yang jelas dan baik. Ini kerana kata-kata mentor saya, "Orang yang tenang sentiasa menang" patut dihayati dalam hidup kita.


2. CONTROL YOUR DEBT
Kawal tahap keberhutangan kita dengan lebih sistematik. Kita tak perlu berhutang untuk perkara yang tidak perlu terutamanya personal loans atau credit card. Jika ada pun kita boleh manage dengan baik setiap bulan tepat pada masa. Kawal credit score dan monitor CCRIS atau CTOS. Kita mahu dapatkan financial score yang tinggi supaya mudah untuk dapatkan facility di masa hadapan.

Di dalam Islam sudah ada doa daripada hadis Nabi SAW yang sahih untuk melangsaikan hutang.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?” Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!” Jawab Rasulullah: “Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pada pagi dan petang bacalah: اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن… (Doa di atas). Kata Abu Umamah: “Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.” 
(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).


3. THE MORE YOU GIVE, THE MORE U GET BACK
Banyakkan sedeqah kerana ia mampu membuka pintu rezeki. Di dalam bab ini, orang barat jarang memperkatakannya kecuali dalam bab CSR. Namun orang Islam bertuah kerana ada hadis Nabi menyebut tentang dahsyatnya sedeqah.

Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” 
(H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

Apabila kita bersedeqah lagi banyak maka ALLAH akan membuka pintu rezeki lebih mudah.

“Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah, sebelum kamu mati. Bersegeralah melakukan amalan amalan salih sebelum kamu kesibukan dan hubungilah antara kamu dengan Tuhan kamu dengan membanyakkan sebutan (zikir) kamu kepadaNya dan banyak bersedekah dalam bersembunyi dan terang-terangan, nanti kamu akan diberi rezeki, ditolong dan diberi kesenangan.” 
(H.R Ibnu Majah.)

“Sesiapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadanyalah kamu dikembalikan.” 
[Al-Baqarah 2:245]

Kesimpulan :
Moga perkara ketiga-tiga ini dapat memberikan kita keyakinan untuk mendepani apa jua cabaran mendatang. Saya doakan semua pengunjung blog saya ini akan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah tidak kira di mana jua kita berada.

Terima kasih kerana sudi membaca.

FAHMY ADAM
Founder Teknik 7 Naga


Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.