Salam Jumaat ♥ Anugerah TetamuNya di Haramain


Alhamdulillah, kerana dengan anugerah limpahan kurnianya saya dijemput menjadi tetamuNya di Tanah Suci Mekah dan Madinah (Haramain) bagi menunaikan ibadah Umrah. Banyak juga doa dan salam untuk disampaikan kepada Baginda Nabi Muhammad SAW yang tercinta. Doakan saya dipermudahkan segala hajat penyampai yang menggunung tinggi ini dimaqbulkan.

Sempena Jumaat yang mulia, sama-samalah kita memperbanyakkan istighfar dan selawat kepada junjungan Nabi SAW tercinta ini. Mudah-mudahan dunia dan Akhirat terutamanya kita mendapat syafaat baginda kelak. 

Sebenarnya post ini telah dischedule, saya menulisnya lebih awal cuma dipost pada hari ini sebagai tanda penghormatan detik saat bersejarah di Kota Suci Makkah. Terlalu banyak sejarah di sini dan salah satu impian saya adalah untuk sampai kepada 3 masjid utama iaitu Masjidil Haram, Masjid an-Nabawi dan Masjidil Aqsa Syarif.

Semua orang ada impian. Saya doakan impian anda akan tercapai dan dirahmatiNya.

Terlalu banyak yang kita sudah terlambat sebenarnya. Jika ALLAH membuka hijabNya dan menyaksikan kita bagaimana keadaan Syurga di depan mata kita, sudah tentu dunia ini sekadar persinggahan sementara cuma. 1 hari Akhirat bersamaan 1000 tahun dunia dan kita mengejar sesuatu permainan senda gurau sahaja....

Firman Allah,

و ما الحياة الدنيا إلا لعب و لهو و للدار الأخرة خير للذين يتقون, أفلا تعقلون 

Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya negeri akhirat itu adalah terlebih baik bagi orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? ~ Surah al-An'am ayat 32

Sementara kita mengejar dunia, usah lupa bahagian Akhirat.

Sediakan sesuatu untuk Ummah ini. Sama ada dalam bentuk waqaf, infaq sedeqah maupun apa sahaja 'investment' pahala berganda yang bakal dibawa pulang di Akhirat nanti.

InshaALLAH selepas persiapan satu demi satu dilaksanakan, pengembaraan kali ini lebih bermakna. Moga ALLAH memberkati perjuangan kita. Inilah Jihad. Ia bukan sekadar mengangkat senjata namun yang penting adalah jihad ILMU supaya generasi yang akan datang memahami perjuangan sejati lebih baik lagi. Hanya dengan ILMU kita akan berjaya di dunia dan hanya dengan ILMU juga kita akan berjaya di Akhirat. Seperti sabda Nabi SAW :

مَنْ أَرَا دَالدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِا لْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَالْاآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ 

Artinya : ”Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa yang menghendaki kehidupan Akhirat, maka wajib baginya memiliki ilmu, dan barang siapa menghendaki keduanya maka wajib baginya memiliki ilmu”. (HR. Tirmidzi)

Sepanjang di Haramain, alhamdulillah.... Banyak perkara yang baik-baik belaka berlaku. InshaALLAH saya doakan yang lain akan dijemput menjadi tetamuNya nanti. 

Kita tidak akan tahu bila masa semakin singkat, ajal semakin dekat dan yang paling penting kita perlu berusaha sungguh-sungguh agar dapat syafaat di Akhirat.

 لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ



Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.