Catatan Pengembara Cinta ♥


Alhamdulillah... Syukur dengan limpah kurnia izinNya memberi peluang menunaikan Umrah di Tanah Suci Haramain pada minggu lepas. 1001 kisah yang sungguh menyentuh hati dan terlalu peribadi untuk dikongsikan di sini. Walau apapun betapa hebatnya perancangan DIA yang telah mengurniakan kita rasa cinta, rindu dan kasih. Dan usah lupa diletakkan pada tempat yang betul iaitu di sisi ALLAH dan RasulNya.


Selesai mengerjakan Umrah dan sayu berdoa di depanNya. Terutamanya di Multazam Masjidil Haram tempat mustajabnya doa. Tidak dilupa juga di dalam Raudhah Masjid Nabawi juga di antara taman-taman Syurga.




Saya telah sampaikan Salam kepada junjungan Nabi Tercinta SAW. Turut serta mendoakan kejayaan semua dalam hidup dunia dan akhirat. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan sia-sia. Usah buang masa lagi. Kejarlah impian anda sebaik mungkin, kita dikurniakan ALLAH banyak rezeki umur, kesihatan, harta, wang, kuasa malah apa jua yang ada hari ini adalah pinjaman sementara sebelum kita kembali di sisiNya.

Buktikan kita sebagai hambaNya.



Perjuangan kita di sini masih panjang. Hidup lah dengan bermaruah, mulia dan akhirnya nanti husnul khotimah adalah penamat yang happy ending.

Inilah sedikit catatan seorang pengembara Cinta. Selepas Haramain kini impian saya beralih ke Masjidil Aqsa Syarif. Mudah-mudahan ALLAH berikan keizinanNya untuk saya membantu saudara saudari muslimin muslimat Palestin yang terlalu dekat dengan jiwa saya.


Impian kita mungkin berbeza. Saya telah memilih untuk syaheed di medan pertempuran berbanding di atas katil jika diizinkanNya. Dan jika kita suka berdoa untuk syaheed maka ALLAH telah janjikan sesuatu yang istimewa buat kita biarpun kita tidak pergi berperang :

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang meminta mati syaheed dengan benarnya, Allah akan menyampaikan hajatnya itu pada kedudukan mati syaheed, walaupun dia meninggal di tempat tidurnya." (Hadis riwayat Muslim (al-Nawawi, 1972, jil.13: 56).

Indahnya syaheed itu tidak tergambar kata-kata. Seolah-olah Syurga di depan mata. Ini kerana dunia adalah tempat sementara cuma. Kelak ia akan sirna jua. Adakah kita bersedia untuk bertemuNya ? Hanya orang yang mempunyai Cinta. Pasti akan menemuinya dengan penuh Cinta sejati..... ♥ 

 لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ



Tiada ulasan

Leave a Reply