Raikan Ramadhan Bersama Mereka Yang Lebih Memerlukan...


Alhamdulillah... Ramadhan tiba lagi.. Pecutan amal ibadah terus meluncur laju dengan amalan 'hasanah' kebaikan dijadikan bekalan kerana janji ALLAH menggandakan pahala jauh lebih besar di bulan mulia Ramadhan ini.
“Semua amal (soleh yang dikerjakan) manusia dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan diberi ganjaran sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman: “Kecuali puasa (ganjarannya tidak terbatas), karena sesungguhnya puasa itu (khusus) untuk-Ku dan Akulah yang akan memberikan ganjaran (kebaikan) baginya.” (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Janji ALLAH itu pasti. Malah bagi yang bersedeqah pula akan merintis amalan seperti amalan Nabi SAW semasa di bulan Ramadhan.
Dari Ibnu Abbas ra, ia berkata: “Nabi SAW adalah orang yang amat dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan padanya Al-Qur’an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan padanya Al-Qur’an. Rasulullah SAW ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.” (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Sepanjang Ramadhan mulia ini kami di Tribe DutaNaga dan seluruh warga maya menjemput anda untuk menyertai satu lagi program kebajikan bagi membantu para gelandangan mendapat makanan terutamanya waktu pagi sahur di sekitar Kuala Lumpur.

Program ini khusus sepanjang Ramadhan kerana waktu pagi sahur tidak banyak yang menghulurkan bantuan makanan kecuali sebahagian kecil yang tidak mampu menampung bilangan para gelandangan yang banyak. Atas dasar perikemanusiaan kami mengajar anda juga join projek Waqaf Ramadhan sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang sesama insan.


 

Sebenarnya ada banyak lagi gambar.

Tapi mengenangkan terlampau banyak sangat kami paparkan sebahagian sahaja. Setiap malam memang bergelimpang tidur di tepi-tepi kaki jalan. Tiada bantal, tiada katil tilam empuk malah ditemani nyamuk yang banyak.

Nasib mereka tak diketahui kerana sering dikejar penguasa DBKL dan lain-lain. Sedangkan yang tidur di sini memang tiada rumah (homeless) dan terpaksa mencari tempat berteduh seketika sebelum pagi menjelma.

Ada yang tak makan berhari dan tak mandi, malah sedih tak dapat bekerja kerana faktor usia lanjut. InshaALLAH sepanjang Ramadhan kali ini kita akan lakukan sesuatu supaya mereka juga dapat merasai indahnya pemberian sumbangan projek WaqafRamadhan.com yang dibantu oleh para dermawan yang budiman.

InshaALLAH inilah cara yang lebih baik memberi makanan kepada yang lebih memerlukan. Tak banyak tak apa asalkan mereka dapat tenaga untuk meneruskan hidup di siang hari.

Dan menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiyallahu anha:
كَانَ رَسُوْلُ الله r إِذَا دَخَلَ رَمَضَانَ أَطْلَقَ كُلَّ أَسِيْرٍ وَأَعْطَى كُلَّ سَائِلٍ
“Rasullullah shallallahu alaihi wasallam jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta.”
Moga Ramadhan kali ini akan mendapat keistimewaan seperti amalan Nabi SAW di atas. Rebutlah saham Akhirat sementara masih ada.

Usah sesiakan walau sesaat.

Masa semakin singkat. Kita belum pasti bila ajal menjelma kerana ia boleh jadi anytime. Sebab itulah projek ini dilaksanakan sebelum terlambat. Kita mampu buat sesuatu untuk kebaikan. Moga perjalanan kita nanti akan mendapat rahmat. Kerana ALLAH takkan sesiakan amalan baik hambaNya walaupun sebutir zarah.

Ketahuilah bahwa kedermawanan adalah salah satu sifat Allah Ta’ala, sebagaimana hadits:
‏إن الله تعالى جواد يحب الجود ويحب معالي الأخلاق ويكره سفسافها 
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.”
(HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)
Sempena peluang Ramadhan ini kami ingin mengajak anda bersama-sama menyertai projek Waqaf Ramadhan ini bagi membantu mereka yang lebih memerlukan. Bukan sekadar duit maupun makanan tetapi juga kasih sayang dan peduli nasib ummah ini yang sebenarnya antara matlamat mulia.

Kami ucapkan terima kasih kepada mentor saya dan juga client terutamanya pihak Telaga Biru Sdn Bhd kerana telah menaja majalah termasuk Solusi, al-Ustaz dan Genq yang bernilai ribuan ringgit untuk sepanjang projek waqaf berlangsung dan juga eksklusif kepada pihak usahawan berjaya Al Aqwa Resources yang juga menaja makanan kepada golongan gelandangan pada Ramadhan kali ini.

Tak ketinggalan juga orang perseorangan dan individu yang telah menaja program ini yang mana saya tak sempat menyebut nama satu demi satu namun saya percaya ALLAH akan memberikan ganjaran yang berganda sempena Ramadhan kali ini.

Sekiranya anda ingin bersama menyumbang boleh layari www.waqaframadhan.com sebagai tanda kasih sayang dan solidariti bersama mereka yang kurang bernasib baik terutamanya para homeless di Kuala Lumpur.

InshaALLAH kami akan update lagi projek waqaf ini dari masa ke semasa dan sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En Hazrin di whatsapp 013 - 486 1157 , segala usaha dan amalan baik inshaALLAH diberkati dan dirahmatiNya.

Seandainya ini Ramadhan terakhirku, maka inilah perjuangan hidup yang diimpikan...

Allahul Musta'aan...


4 ulasan

  1. InsyaAllah. Rezeki dikongsi bersama. Please update me on other upcoming charity events..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya selalu bersama team di jalan Hang Lekiu berdekatan Segi College, Kuala
      Lumpur.

      Padam
    2. Saya selalu bersama team di jalan Hang Lekiu berdekatan Segi College, Kuala
      Lumpur.

      Padam
  2. InsyaAllah. Rezeki dikongsi bersama. Please update me on other upcoming charity events..

    BalasPadam