DutaNaga live bersama Astro Awani


 Alhamdulillah... akhirnya saya sempat bersiaran lagi di Astro Awani di dalam ruangan prime time untuk review experience dalam pemasaran baru dan bagi saya ia satu peluang yang terbaik untuk mengetengahkan idea yang terbaik membantu usahawan melalui platform DutaNaga.

   

Saya share sepanjang menjalankan bisnes online dengan video marketing telah melonjakkan platform DutaNaga ke tahap yang lebih luarbiasa. Kenapa video ?

Sebabnya ia adalah content marketing yang boleh viral di internet sama ada di dalam facebook, instagram, youtube, whatsapp, wechat dan semuanya boleh diviralkan lebih pantas.

Manakala 2016 nanti saya jangkakan lebih ramai yang beralih kepada content video dalam apa jua niche business sekalipun. Kerana ia mudah diproduce menggunakan mobile phone dengan pelbagai apps yang ada dan mudah didapati dalam google play maupun apple store.

   

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Astro Awani kerana sudi mereview video-video DutaNaga secara live. Sememangnya saya sentiasa doakan ilmu-ilmu terbaik ini dapat dimanfaatkan oleh semua para usahawan kita.

Bagi anda yang terlepas lihat siaran saya yang lepas usah risau kerana saya lampirkan di sini video sedutan Astro Awani untuk tontonan anda.

Selamat menonton !



Tiada ulasan

Leave a Reply