Inilah yang sebenarnya ditunggu-tunggu oleh semua orang. Sejak tahun lepas lagi ribuan usahawan telah menikmati ilmu dan teknik terbaik NAGA di dalam class, coaching maupun bengkel seminar yang diadakan seluruh Malaysia.

Namun ada yang terbatas kekangan masa dan situasi menyebabkan tak semua boleh hadir class saya sebelum ini. Oleh demikian untuk tidak menghampakan permintaan anda maka saya telah sediakan semua ilmu mutakhir NAGA di dalam 'full-length' video di VIP DutaNaga.Com untuk tatapan semua.

Mengapa Naga ini penting ? Saya sudah simplify silibus baru ini di dalam video berikut tentang kesemua 7 NAGA :



Mudah-mudahan kesemua full video NAGA ini di dalam VIP DutaNaga.Com dapat membantu anda meledakkan bisnes lebih hebat dan dahsyat. Ada yang cipta kejayaan pantas dengan teknik zero-cost marketing ini. Anda bila lagi ?

  • Ilmu dan pengalaman buat jualan RM1 juta pertama anda
  • Learning curve lebih pantas dan cepat dengan video tutorial
  • Tak perlu datang class atau bengkel
  • Jimat masa, tenaga dan kos

Kejayaan anda adalah kebanggaan kita bersama. Matlamat DutaNaga adalah membantu lebih ramai usahawan kita berjaya dengan teknik pemasaran yang luarbiasa tanpa kos. Kebanyakannya mendalami hasrat dan impian yang murni, inginkan perubahan dalam hidup, lebih tenang dan bahagia serta bisnes menjadi 'lubuk' yang teramat menguntungkan dengan formula DUTANAGA.


InshaALLAH pada setiap bulan disediakan free class bagi VIP DutaNaga.Com yang mana kami memberikan teknik terbaru, update dan sharing resources yang bernilai lebih 5 angka. Inilah satu-satunya program membership usahawan paling eksklusif dan kami berharap anda dapat rebut peluang ini di www.dutanaga.com sebelum promosi tamat.

Dan lihat bagaimana sistem autopilot kami membantu anda meraih komisen lumayan di samping mempelajari teknik zero-cost marketing yang sungguh mengujakan.





Alhamdulillah... Syukur dengan limpah kurnia izinNya memberi peluang menunaikan Umrah di Tanah Suci Haramain pada minggu lepas. 1001 kisah yang sungguh menyentuh hati dan terlalu peribadi untuk dikongsikan di sini. Walau apapun betapa hebatnya perancangan DIA yang telah mengurniakan kita rasa cinta, rindu dan kasih. Dan usah lupa diletakkan pada tempat yang betul iaitu di sisi ALLAH dan RasulNya.


Selesai mengerjakan Umrah dan sayu berdoa di depanNya. Terutamanya di Multazam Masjidil Haram tempat mustajabnya doa. Tidak dilupa juga di dalam Raudhah Masjid Nabawi juga di antara taman-taman Syurga.




Saya telah sampaikan Salam kepada junjungan Nabi Tercinta SAW. Turut serta mendoakan kejayaan semua dalam hidup dunia dan akhirat. Hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan sia-sia. Usah buang masa lagi. Kejarlah impian anda sebaik mungkin, kita dikurniakan ALLAH banyak rezeki umur, kesihatan, harta, wang, kuasa malah apa jua yang ada hari ini adalah pinjaman sementara sebelum kita kembali di sisiNya.

Buktikan kita sebagai hambaNya.



Perjuangan kita di sini masih panjang. Hidup lah dengan bermaruah, mulia dan akhirnya nanti husnul khotimah adalah penamat yang happy ending.

Inilah sedikit catatan seorang pengembara Cinta. Selepas Haramain kini impian saya beralih ke Masjidil Aqsa Syarif. Mudah-mudahan ALLAH berikan keizinanNya untuk saya membantu saudara saudari muslimin muslimat Palestin yang terlalu dekat dengan jiwa saya.


Impian kita mungkin berbeza. Saya telah memilih untuk syaheed di medan pertempuran berbanding di atas katil jika diizinkanNya. Dan jika kita suka berdoa untuk syaheed maka ALLAH telah janjikan sesuatu yang istimewa buat kita biarpun kita tidak pergi berperang :

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang meminta mati syaheed dengan benarnya, Allah akan menyampaikan hajatnya itu pada kedudukan mati syaheed, walaupun dia meninggal di tempat tidurnya." (Hadis riwayat Muslim (al-Nawawi, 1972, jil.13: 56).

Indahnya syaheed itu tidak tergambar kata-kata. Seolah-olah Syurga di depan mata. Ini kerana dunia adalah tempat sementara cuma. Kelak ia akan sirna jua. Adakah kita bersedia untuk bertemuNya ? Hanya orang yang mempunyai Cinta. Pasti akan menemuinya dengan penuh Cinta sejati..... ♥ 

 لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ