Baru 10% capai impian...

Anda ada impian ? Sejauh mana anda sudah capainya ?

Saya baru 10% saja bergerak melalui Softhands dan Sefitrah , 2 entiti bisnes dan juga sebahagian kehidupan untuk mencapai kejayaan. Saya target 3 tahun untuk capai 50%, manakala 6 tahun untuk 100%... why ?

Ini kerana target untuk mencapai financial freedom melalui bisnes, iaitu 9/10 punca rezeki dari perniagaan. Ini bermakna pada tahun 2010 saya sudah ada company yang cukup bagus dan mencapai separuh matlamat saya, manakala separuh lagi melalui Sefitrah. Cabaran bisnes ini cukup besar, saya perlu mengekalkan aset di samping menambah keuntungan berlipatganda bagi meneruskan kesinambungan sehingga ke tahap yang terbaik.. Jika kita tak kuat semangat sudah tentu akan jatuh tersungkur lebih awal.

Softhands mempunyai masa depan cerah kerana di belakangnya adalah client² yang besar, hebat dan setia. Ia mempunyai potensi untuk berkembang ke pasaran global. Manakala Sefitrah yang baru membangun dan mempunyai team sendiri merupakan subsidiari Softhands yang paling berjaya setakat ini.

Anda boleh baca artikel lebih lanjut bagi mengenali Softhands dan juga Sefitrah dgn lebih baik.

Tiada ulasan

Leave a Reply

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.